KASTURI: Yo KOJaNG! 11 DeC 2012
03:30
Raf
0 Comments
03:30 Raf 0 Comments
Huiyoo... ahuk3... Batuk 3x + infinity selesema... Kenapa ni ? Demam ke? Perkara ini mungkin menjadi tanda tanya kepada seluruh warga Bloggers apabila membaca perkataan-perkataan seperti ini, sebenarnya bukanlah itu makna sebenar, cuma ingin 'komplain' sikit dek blog BR yang dah berhabuk ni..
Tajuk hari nak kongsi tentang nama baru yang Fieq dapat kat Kolej KASTURI, UiTM Melaka Kampus Alor Gajah ni. Nama kolej ketiga @ kedua ni dah jadi nama popular dan menetap untuk dipanggil hingga kini.
Fieq dapat nama K.O.J.A.N.G ni dari seorang senior part 5 AD yang merupakan senior tertua di Level G.P.P (Geng Pelajar Pintar @ Geng Panah Petir). Atas alasan aku berasal dari N. Sembilan dan lagu famous ketika itu adalah Apo Kono Eh Jang? (AC Mizal ft Fida), Nama aku dah dipetik dari suku kata "Ko" dan "Jang". Maka jadilah Kojang..
Fieq dapat nama K.O.J.A.N.G ni dari seorang senior part 5 AD yang merupakan senior tertua di Level G.P.P (Geng Pelajar Pintar @ Geng Panah Petir). Atas alasan aku berasal dari N. Sembilan dan lagu famous ketika itu adalah Apo Kono Eh Jang? (AC Mizal ft Fida), Nama aku dah dipetik dari suku kata "Ko" dan "Jang". Maka jadilah Kojang..
KASTURI: “PUISI” ?? NAMA BARUKAH?? 9 DeC 2012
19:20
Raf
0 Comments
19:20 Raf 0 Comments
Tajuk pada hari ini adalah “puisi”. Kenapa
puisi? Adakah Fieq sudah sediakan puisi yang indah buat bacaan kalian semua
pembaca yang dihormati sekalian? Salah Yang Amat Berhormat.. hehe..
Sebenarnya
tadi ada berjumpa dengan seorang senior kolej Kasturi ni semasa sedang merentas
hujan berdetung-detang beratnya membasahi helaian hitamnya rambut(yang sedikit
putih). Dan secara tiba-tiba.. terdengarnya gelaran “Weyh! Puisi!”.
Benda ni
mesti agak pelik .. and maybe will make you feeling awkward . .
(Nak speaking pergi TUMBLR laa =_=” )
Haha.. Mungkin nama “Puisi” ni da melekat
sejak induction 4 hari yang lepas. Kiranya dah ada nama kolej la?? “Puisi”??
Ekk.... Tapi pelik laa.. Tapi mungkin pelik ni dikira bagus daripada orang lain
yang dapat nama-nama pelik yang memang tak patut diberi kepada insan bergelar
manusia. Masa induction tu semua sporting.. Buat je apa nak cakap..
Sekarang pergi mana-mana, kalau jumpa
senior mesti dengar “Woi Puisi!”, “Salam Pemuisi”, dan “ Apa khabar Puisi?” .
Ok laa.. Aku terima.. (bangga juga laa sikit ) ß--- Jangan tiru sifat riak tersebut.
KASTURI: KLASSINO COLLUMBIAN dan MASSIMO ITALIAN BAKER 2 DeC 2012
11:14
Raf
0 Comments
11:14 Raf 0 Comments
Apo nieh?? Apo kaitan dua benda tu dengan
hidup di Kasturi ni? Huhu sebenarnya nak bagitahu pasal kehidupan boring
bersama roti dan kopi baru yang dicuba pada hari kedua di kasturi ini J
Pertamanya
KLASSINO ni merupakan satu kopi pracampur yang kuat lebih daripada kopi biasa..
Sebagai contoh produk yang selalunya Fieq perlukan 2 paket untuk satu gelas,
tetapi produk KLASSINO dengan hanya 1 paket mampu membuatkan kopi pagi lebih
enak dan pekat. Produk ni lebih disukai lagi kerna harga promosinya yang teryata
murah yakni RM 6.50 sahaja per 24 stik manakala yang lainnya mendekati RM 8.00
untuk 19 sahaja.
Keduanya, Roti
MASSIMO by Italian Baker yang diperkayakan dengan Germa Gandum sangat enak
sehingga mampu kenyang dalam tempoh lama sesuai untuk penghidap kencing
manis.Selalunyaa kita jumpa full wheat dan ada yang roti sandwih sahaja tetapi produk ini
menyediakan roti sandwich bersama dengan wheat
germ yang sememangnya penambah perisa yang hebat disukai ramai.
Tapi diri ni perlukan juga nasi.. Cuma.. mana ? Ada ke kedai buka masa nih L
KOLEJ BARU : SEINDAH BAYU KASTURI 1 DeC 2012
13:07
Raf
0 Comments
13:07 Raf 0 Comments
Hari ini adalah hari pertama aku
mendapat gelaran sebagai pelajar semester 2 di UiTM Melaka (KAG) dalam modul
Diploma in Computer Science. Mula bergerak dari rumah dalam jam 8.30 pagi dan sampai
kurang lebih pada pukul 11.30 pagi.
Pendaftaran kolej dilakukan di Dewan Syahbandar berdekatan Kolej Tuah, bawah
Kolej Kasturi dan di atas Masjid Al-Hikmah. Dengan bantuan semua pihak,
pendaftaran berjalan lancar. Diberinya nombor bilik KST 1205. Apa tu KST?? KST
adalah singkatan kepada Kolej KaSTuri.
Kolej Kasturi
terletak di atas bukit yang tinggi di tengah-tengah (center of campus; CoC) UiTM
Melaka Kampus Alor Gajah. Kolej yang menjadi jiran kepada Kolej Tun Putih ini
diberi gelaran De Camerone Highlaende oleh kolej-kolej lain (kalau dulunya di
TunPerak pula mendapat gelaran Da Baby). Suasana di sini tenang dan dingin
seakan-akan di tanah peranginan tinggi di Cameron Highlands. Seterusnya di atas
ini kita boleh menikmati suasana yang indah memperlihatkan seluruhan kampus
seperti berdiri di atas KL Tower boleh melihat seluruh kampus.
Dalam petang hari kurang lebih 1.50 petang ibu bapa aku ajak aku ke Restoran Omak Den di Masjid Tanah. Banyak pilihan masakan Negeri Sembilan yang sememangnya sesuai untuk anda yang berasal dari Barat Semenanjung seperti KL, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Sambil-sambil tu ke kedai runcit berdekatan J .
p/s: baris ni ramai budak level ground tun perak.. kolej dulu J
A GUY YOU NEVER KNOWN
A guy who directing RB is just an ordinary anonymous .-More Information?www.fb.com/BlogRafieq
Popular Posts
- Di Lendu dulu..
- Kolej Islam Malaya akan diaktifkan semula sebagai universiti
- CARA AKSES APA-APA NOTA LAMA / BARU DI I-LEARN UITM
- diskusi pengambilan subjek aliran IT
- PERTANDINGAN.BLOG.KEPENGGUNAAN.2010
- Penerapan Diploma-Ijazah UiTM
- Silibus baru CS110 -Diploma Sains Komputer
- Tawaran Latihan Separa Perubatan :)
- anak-kini
- PMR result
Remaja authorised. Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan