Kolej Islam Malaya akan diaktifkan semula sebagai universiti

21:55 Raf 0 Comments

Menurut akhbar BHarian pada hari ini  Universiti Islam Malaysia  yang telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu pada 2010 dijangka dapat direalisasikan tidak lama lagi. 



Masjid UIM
Nampaknya sudah bertambah banyaklah IPTA yang bercirikan islamik di negara sepertimana UIAM dan USIM selama ini.









"Penubuhan universiti itu adalah untuk mengaktifkan semula Kolej Islam Malaya (KIM) yang kini sudah tidak beroperasi setelah usaha menaik taraf kolej itu kepada universiti tergendala sejak 1970," kata Pengerusi Majlis universiti itu, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Beliau berkata, Majlis universiti itu yang dilantik dan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu sudahpun mengadakan perbincangan dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk tujuan itu.
"Saya yakin kerajaan akan menyokong penubuhan universiti ini kerana ini juga (membabitkan) keputusan Raja-Raja Melayu," katanya pada sidang media mengenai penubuhan universiti itu di sini, hari ini. Sambung di BHarian Online




Dahulunya institusi ini dinamakan sebagai Kolej Islam Malaya


Kolej Islam Malaya lahir dari tradisi ilmu dan budaya Islam yang kaya dan unggul di Tanah Melayu. Berkat hasil usaha dan permuafakatan erat semua lapisan masyarakat, daripada golongan marhaen sehinggalah golongan aristokrat serta sokongan masyarakat bukan Islam, akhirnya impian untuk mempunyai sebuah pusat pendidikan tinggi Islam di Tanah Melayu tercapai.
Tanggal 8 April 1955 merupakan tarikh keramat bagi warga Tanah Melayu, Singapura dan Brunei. Duli Yang Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamudin ‘Alam Shah Alhaj telah berkenan mencemar duli bagi merasmikan pembukaan Kolej Islam Malaya. Istiadat perasmian Kolej Islam Malaya telah bermula selepas solat Jumaat di tapak Istana Jemaah, Kampung Jawa, Klang.
Penubuhan Kolej Islam Malaya sebagai sebuat pusat pendidikan Islam untuk membantu perkembangan agama Islam di Tanah Melayu. Kesediaan Raja-raja Melayu menghulurkan bantuan dan memberi sokongan padu terhadap penubuhan Kolej Islam Malaya menonjolkan perpaduan dikalangan pemimpin ketika itu untuk melihat syiar Islam bersinar di Tanah Melayu. Almarhum Sultan Hisamudin ‘Alam Shah Alhaj sendiri telah mewaqafkan Istana Jemaah sebagai tapak untuk melahirkan lebih ramai lagi golongan ulama’ pewaris Nabi. Ini mencerminkan betapa murni dan tingginya harapan keluarga Diraja Selangor ini khasnya dan seluruh penduduk Tanah Melayu umumnya untuk melihat kecemerlangan dan kegemilangan agama Islam di bumi ini.
Waktu ini tapak lama Kolej Islam Malaya merupakan tapak KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH yang merupakan salah sebuah sekolah menegah berprestasi tinggi di Malaysia (INFO: KISAS homE)
   
 Tapi yang paling best sekali ialah universiti ini memberi kebebasan bahasa dalam menulis tesis mengikut bernama.

"Universiti itu akan mengutamakan calon yang lebih berpengalaman, dan ia akan menjadi universiti antarabangsa sebenar, di mana antara keunikannya ialah pelajar boleh menulis tesis dalam apa juga bahasa pilihan mereka, hanya sinopsisnya saja perlu ditulis dalam bahasa Melayu," katanya. - BERNAMA 



Ada orang cakap Aiz~Dean  pelajar dan penyanyi yang popular di Jepun (warganegara malaysia) dahulunya bersekolah di KISAS .. Betul ke?? Enjoy ^^


0 ulasan: