Di Lendu dulu..

12:00 Rafieq Roslan 0 Comments

    Salam semua, sejak tulis pasal convo semalam asyik teringat je pada UiTM Lendu. Mana taknya 2 tahun jadi orang Melaka. Sampai Shah Alam awkward gilaaaalaa semua lain, satunya yang paling rindu tak macam di lendu Polis Bantuan selalu bagi ceramah pagi haha..

    Di Lendu dulu jumpa ramai orang hebat-hebat dr pelajar hinggalah ke lecturer.  Kolej Tun Perak dan Kolej Kasturi banyak kenangan di sana . Macam-macam aktiviti kolej yang best teringat sampai ke hari ini. British style dan semangat 1 Kolej antara semua membuatkan RB rasa rindu untuk jadi pelajar diploma Melaka semula. Banyak kenal senior yang hebat-hebat dan join aktiviti yang best. Dari senior banyak diajak join bisnes atau kerja part time di Kafe Syahbandar. Di Kafe banyak belajar dari Pak cik dan Makcik yang jadi boss situ. Dapat save budget time ni.. :)




     Di sini jugak mula join macam-macam event kelab dan persatuan walaupun RB tak banyak libatkan diri dalam kelab program (AreCS) dan persatuan fakulti FSKM. Mulanya kenal dengan 3 kelab islamiah iaitu INSAN, INSPIRASI dan tak ingat lagi satu cuma kekal di INSPIRASI sahaja tu pun 1-2 sem. Dari INSPIRASI kenal ramai orang mulalah ada yang tarik ke Kelab Debat dan Orator, PEERs(tak aktif) dan lain-lain seperti Kelab Usahawan Muda. Kelab-kelab ni banyak berikan input yang hebat pada diri ini terutama dalam keyakinan diri, kemahiran pengucapan awam, presentation, keusahawanan, kepimpinan dan lain-lain. Akhirnya banyak bersangkut paut dengan projek kuliah dan amat membantu
copy dr google Kolej Kasturi & Kolej Tun  Perak
Di sini juga RB belajar banyak dari subjek koko iaitu Kesatria Negara dan Pemikiran Mahathir. Belajar asas-asas kawad dan etika displin semasa kesat dan banyak belajar mengenai isu politik negara dan permasalahan Malaysia di Pemikiran Mahathir. Dalam PM juga belajar macammana buat thesis, kerja kumpulan, temuduga dan banyak lagi .

Benda-benda macam ni yang membantu student bila berkerja di luar sana sebenarnya.Bersyukur sangat dapat belajar di UiTM #Lendufornia . Okla geng nak study sikit, dah nak final nih.. Doa eh degree ni berjaya pulak :D .

0 ulasan: