PERTANDINGAN.BLOG.KEPENGGUNAAN.2010

16:08 Raf 0 Comments

Sempena "Pertandingan Kepenggunaan 2010 Sempena Hari Pengguna Malaysia 2010" , saya telahpun menyediakan pos ini untuk menyertai PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN 2010.
  
Tajuk yang dipilih adalah Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan serta pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang perlu untuk menjadi seorang pengguna yang bermaklumat.Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
Para pengguna perlu pintar dalam mencari "guru" untuk mendapatkan pendidikan  pengguna yang tepat dan benar. Pengguna perlu merujuk kepada KPDN & HEP dan persatuan-persatuan pengguna seperti FOMCA, DSAM, ERA Consumer Malaysia, PPIM


Jangan pula merujuk kepada organisasi yang salah dan bercanggah dari maklumat yang sebenar. Para pengguna berhak untuk mendapatkan pendidikan pengguna dan memahaminya 100 peratus supaya tidak berlaku kekeliruan.
kartunrun.jpg  
Pendidikan pengguna menyediakan maklumat latarbelakang dan idea untuk membantu dalam melatih dan mendidik tiga kumpulan utama dalam masyarakat. Mereka ialah penggunabiasa, ahli perniagaan, dan pengeluar barangan. 
Ini untuk mewujudkan kesedaran dan memberikan motivasi kepada mereka bagi memainkan peranan yang bertanggungjawab dalam memastikan perlindungan pengguna yang merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan nasional.Perlindungan pengguna yang terbaik ialah perlindungan kendiri. Untuk melindungi diri kita sendiri, kita memerlukan pendidikan pengguna. Kita perlu membina kapasiti pengguna dengan bekerjasama secara kolektif dan secara individu dengan penuh tanggungjawab sebagai pengguna untuk menuju ke arah keadilan dan kesaksamaan di pasaran. Ini akan membantu mewujudkan suasana masyarakat yang lebih berkualiti. Kita juga boleh memainkan peranan sebagai pengguna untuk memastikan nilai untuk wang, nilai untuk manusia, nilai untuk persekitaran, dan juga nilai untuk demokrasi dan keadilan. Bagi mencapai usaha ini, ahli perniagaan dan pengeluar perlu memainkan peranan penting kerana pendidikan pengguna adalah penting untuk mereka juga.



Konsep Utama Pendidikan Pengguna                          Sebagai pendidik pengguna, kita perlu mempunyai sedikit latar-belakang pengetahuan danpemahaman konsep utama tentang kepenggunaan dan pendidikan pengguna. Pengetahuan dan pemahaman ini merupakan asas untuk membantu tugas kita dalam menyampaikan pendidikan pengguna kepada para peserta. Berikut adalah beberapa konsep utama :-






Konsep1: Siapakah pengguna ?
Pengguna merupakan seseorang yang menggunakan barangan, perkhidmatan dan sumber semulajadi untuk kepuasan hidup secara umum .
Konsep 2 : Apakah maksud pendidikan pengguna?
Adalah penting untuk mengenalpasti dan memahami bahawa “pendidikan pengguna” mempunyai maksud yang berlainan bagi setiap individu

Konsep 3: Mengapa kita memerlukan pendidikan pengguna?
Kita memerlukan pendidikan pengguna untuk membina pengetahuan, kemahiran, bakat, nilai dan kapasiti dalam memainkan peranan sebagai pengguna yang bertanggungjawab. 

Konsep 4: Bagaimana pendidikan pengguna boleh membantu kita?
Dalam analisis yang terakhir, pendidikan pengguna hendaklah dapat memberi motivasi kepada pengguna untuk melibatkan diri secara proaktif dalam proses    membuat keputusan terutamanyakeputusan yang boleh mempengaruhi kehidupan  seharian. Pendidikan pengguna adalah bersifat “kehidupan dan perkongsian”3 . Ia perlu melibatkan kepentingan seseorang pengguna dan kepentingan bersama masyarakat keseluruhannya. Pendidikan pengguna mestilah mampu membuka mata pengguna, termasuk tanggungjawab sebagai pengguna, memastikan kewaspadaan yang berterusan akan hak pengguna dan membangunkan sistem nilai bersama.
Secara kesimpulan, pendidikan pengguna adalah perlu untuk membangunkan kemahiran bagi seseorang individu dan juga peranannya terhadap masyarakat. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna merupakan salah satu daripada hak-hak pengguna yang asas. Hak pengguna terhadap pendidikan pengguna menggabungkan hak untuk pengetahuan dan kemahiran dalam mengambil tindakan bagi mempengaruhi faktor yang mengganggu analisis terakhir dalam membuat keputusan pengguna.
Hak untuk pendidikan pengguna termasuk dalam 8 hak-hak pengguna yang universal. Hak pengguna universal adalah:-
i. Keperluan asas: Hak untuk keperluan dan perkhidmatan asas yang menjamin kehidupan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi yang mencukupi.

ii. Keselamatan: Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan  perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan hidup.

iii. Maklumat: Hak untuk dilindungi daripada iklan atau label yang tidak jujur atau menyeleweng. Dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan bermaklumat.

iv. Pilihan: Hak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan pada harga berpatutan dengan jaminan kualiti yang memuaskan.

v. Perwakilan: Hak untuk bersuara dalam membentuk dan melaksanakan polisi kerajaan yang berkaitan dengan kepentingan pengguna.

vi. Gantirugi : Hak untuk mendapat semula gantirugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan yang berkualiti rendah, atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

vii. Pendidikan pengguna : Hak untukmendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk menjadi pengguna yang berpengetahuan.

viii. Alam sekitar yang sihat : Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang tidak  mengancam ataupun bahaya serta membolehkan hidup penuh  dengan martabat dan keselesaan
Pendidikan pengguna mesti melibatkan tanggungjawab pengguna.Tanggungjawab pengguna perlu mendahului hak-hak pengguna. Sekiranya pengguna mahukan hak-hak pengguna dihargai, mereka hendaklah terlebih dahulu mempraktiskan tanggungjawab. Tanggungjawab adalah seperti berikut:
i. Kesedaran kritikal
ii. Tindakan
iii. Kepentingan sosial
iv. Kesedaran Persekitaran
v. Bersatu padu

Apakah peranan dan sumbangan persatuan pengguna?
Pengguna perlu bergabung dan menyokong persatuan pengguna kerana persatuan pengguna
mempunyai peranan yang penting dan memberi sumbangan.  Peranan persatuan adalah
1)Pusat Pembangunan Komuniti

2)Penasihat Komuniti dan Pusat Sokongan

3)Pusat Informasi Komuniti

4)Pusat Pendidikan Komuniti

5)Pusat perlindungan pengguna

Para pengguna sekalian perlulah lebih peka dalam arus pembangunan negara, Kita bukan lagi berada di zaman dulu.. kita punya HAK sebagai pengguna dan gunakanlah setiap hak itu di landasan yang benar.. Sesungguhnya Pengguna Pencorak Negara.. Pengguna-pengguna yang berhemah di Malaysia juga merupakan faktor Malaysia tercatat sebagai 10 negara terbaik dunia dan antara 3 terbaik di Asia selepas China

Itu sahaja untuk pos kali ini.. temui lagi di pos yang seterusnya,, 

0 ulasan: