Silibus baru CS110 -Diploma Sains Komputer

12:00 Raf 0 Comments

Salam.. semua.. Tengah buat apa tu? Tido?? Ish3.. Bangun.. Bangun dah nak masuk Zohor ni.. Yang kaum Adam bersiap laa untuk solat Jumaat .. Ingat hukum dia Fardhu taw..

Ok, sebelum Fieq nak gerak ke masjid ni.. Fieq nak share satu berita yang Fieq dapat dari sahabat . Mungkin berguna untuk adik-adik yang merancang atau akan mengambil program CS110 - Diploma in Computer Science di UiTM. Dimaklumkan bahawa silibus program ni dah dirombak balik, di bawah adalah senarai kursus yang bakal diambil bermula dari pelajar sesi November 2013 dan seterusnya.

Silibus Baru Diploma Sains Komputer UiTM

Terdapat banyak perubahan terutamanya dari segi masa seperti kursus Discrete Mathematics tidak lagi diambil pada Semester 1 bahkan pada Semester 3 , Linear Algebra (Semester 4) dialih kepada Semester 5 dan lain-lain.

Selain itu, banyak juga kursus yang dulu ada tidak diwajibkan seperti Calculus II dan Multimedia. Kemudian, ada 3 Elektif dimana pada silibus asal cuma satu. Pre-Calculus dan Intro to Statistic diwajibkan mungkin untuk memudahkan kefahaman kepada pelajar kerana ramai yang gagal Calculus I, II dan Statistics for Computer Scientist. Jadi, ini adalah hal yang terbaik untuk mereka yang ingin ambil bidang pengkomputeran tetapi takut dengan matematik. Dengan adanya subjek-subjek pra-math dan silibus yang lebih tersusun ini bakal memudahkan lagi para pelajar untuk graduate on time :D

Ok.. sampai sini saja.. Nak solat Jumaat :)


0 ulasan: