Penerapan Diploma-Ijazah UiTM

10:01 Raf 0 Comments

Salam... blog2.. lama tak menulis.. Semua dek mula wujud media2 blog-base terbaru seperti insta, facebook dan lain2 . Kita dah lupa tentang blog ni. Media sosial pertama fiq adalah blog ni mula daftar sejak darjah 6.. Sekarang sudah habis diploma.. Cepat masa berlalu.

Ohh ye.. alang-alang cakap pasal baru habis diploma ni.. Fiq nak share tentang langkah-langkah -memohon Penerapan Diploma-Ijazah UiTM yang dibuka untuk warga diploma UITM SAHAJA.

Jadi pada pelajar-pelajar UiTM .. Pada pendapat Fieq, penerapan ni merupakan peluang yang amat berharga bagi anda kerana anda ada kelebihan potong kredit lebih banyak dan peluang ke UiTM lebih cerah.. Memang laa ada yang bercita-cita untuk sambung ke universiti penyelidikan supaya lebih mudah untuk urusan Master dan PhD ataupun ingin sambung ke universiti teknikal kerana sudah tidak tahan belajar teori yang terlalu banyak berbanding praktikal.

Namun begitu, Fieq nasihatkan anda mohon je semua. UPU isi.... Penerapan isi.. Swasta isi.. Ke oversea un kalau boleh isi jee.. sebab anda ada kelebihan lebih tinggi dapat sambung ke ijazah berbanding siswa siswi institut yang lain melalui lorong Penerapan UiTM.

Caranya mudah..buka Laman Web Daftar Masuk Siswa




lepas klik login .. macam biasalahh keluar menu ni pilih Continue studies

Ada 2.. Ijazah dengan Program Profesional .. Ikutla diri tu nak minta mana


Masuk No pin.. No Pin cuma bayar RM10.00 di BSN


Isi semua maklumat termasuk program yang dimohon. Lebih baik memohon program yang dibawah fakulti sama supaya lebih cepat habis degree, tetapi tiada masalah untuk bertukar.



Setelah selesai klik 'MUKTAMAD DAN HANTAR'



Ok... semoga semua dapat apa yang dicita.. Fieq off dulu.. :)




0 ulasan: