Temuduga dan Lantikan Guru Ganti

12:46 Rafieq Roslan 0 Comments

    Salam.. Hari ni tak pergi keje kantin, ingat nak berhenti sebab cramp lagi. Sebenarnya memang tak boleh angkat barang berat dan berdiri lama.

   Pagi ni tak buat apa, pukul 11 da mula tido sebab tak larat tapi tiba-tiba ada orang call. Rasa mula-mula macam malas nak angkat tapi rajinkan diri sebab takut ada panggilan dari pihak-pihak penting. Angkat je rupa-rupanya pegawai dari PPD Jempol-Jelebu yang call suruh datang sebelum jam 5 petang untuk temuduga Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Dalam penat-penat tu terus bangun siap-siap nak ke Bandar Seri Jempol (luar daerah Jelebu). Nasib baik ibu tak sibuk hingga ke petang boleh temankan.

  Sana, dia cuma nak tengok sijil-sijil sahih, temuduga sebentar untuk pastikan boleh mengajar kemudian isi borang surat pelantikan. Alhamdulillah dapat mengajar di SK Undang Jelebu opsyen Bahasa Inggeris Sekolah Rendah. Walaupun gaji tidak dapat diberi setaraf graduan diploma kerana masih belum buat clearance di kampus untuk terima sijil diploma, tapi rasa syukur kerana diberi peluang kerja baru menggantikan kerja kantin.

  Semoga dapat menjadi pendidik yang dapat membentuk anak-anak bangsa berjaya :D
Amin...

0 ulasan: