Kerja Partime: Pembantu Kantin

23:30 Raf 0 Comments

      Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama Fieq bekerja sambilan di kantin sekolah rendah ni. Upah dikira berbeza-beza mengikut sikap, masa dan tugasan bagi setiap staf.

      Bersyukur sangat-sangat dapat peluang mencuba perkara baru disamping dapat menambah duit poket. Fieq mula cuti sebagai pengangur terhormat atau lebih popular digelar "semi-graduate student" (maksud eh da lopeih ngaji tapi skrol sijil ea masieh laei dak torimo). Bukannya belum sedia nak terjun bidang yang sama dengan pengajian cuma plan nak sambung degree. Sebelum ni selain keje part time di kampus, Fieq cuma ada pengalaman kerja sehari je di kedai elektronik Singer(M) Sdn Bhd di sini sebagai pembantu yang kena buat semua kerja dari kemas kedai, angkat barang, kira stok, repair barang elektronik sampailah ke installation dan salesman. Memang penat tu sebab tahan sehari je situ huhu..

   Oklaa takda apa nak cakap sekarang. Tapi sebelum babai-babai ni ada maklumat untuk korang yang nak masuk UiTM melalui laman web uitm, permohonan dan pembelian no pin BSN dah boleh dibuat mulai hari ini 12 Januari 2015. Maklumat lanjut sila berhubung di https://www.facebook.com/bpp.uitm2013?fref=photo
Klik untuk perbesarkan

0 ulasan: