Pertama Kali LDP

23:33 Rafieq Roslan 0 Comments

  Salam, hari ni penat sikit dengan malam tadi tak tidur buat lesson note last minutes. Memang diri yang salah pun, heboh nak displinkan budak tapi diri tak displin hehe.

  Hari ni semua berjalan lancar, pagi dimulakan dengan mesyuarat guru untuk Latihan Dalam Perkhidmatan yang akan berlangsung di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat dari petang hingga tengahari esok. Selain tu, GB lantik pulak jadi pembantu kepada grup website sekolah. Harap-harap tak jadi bagai melukut di tepi gantanglah. Penat sebenarnya nak ikut gi LDP, otak cakap nak tidur je.

  Masuk kelas hari ni selesa sangat. Pelajar dah tak meragam, semua ikut . Yang paling terharu sekali siap bagi hadiah dan kad minta maaf dan sayang pada diri ni. Rasa macam nak menangis je. Padahal baru 2 minggu mengajar, rasa cam dah nak habis pulak. [cerita di sini http://instagram.com/p/yeEAuitgsu/?modal=true]

  Walaupun agak kelakar dengan gelaran "SE Rafieq" hehe. Sepatutnya tulislah "Sir Rafieq". Semoga menjadi satu doa untuk diri ini bergelar S.E.(Software Engineer) suatu hari nanti.

Okay geng sekarang baru pulang dari ceramah motivasi CUT APPLE AIE tadi, sekarang nak rehat jumpa lagi :)

0 ulasan: