Tahun Baru 2015

01:09 Raf 0 Comments

           Salam semua .. Rasanya masih tak terlambat untuk ucapkan Tahun Baru 2015 walaupun sudah masuk hari kedua tahun ini. Sebenarnya nak publish pagi tadi tapi tidur nyenyak punya pasal dan adalah urusan bisnes sikit tertinggalah blog tercinta ini..



           Tahun 2014 adalah tahun yang mencabar untuk kita terutamanya bersoal negara termasuklah isu politik, banjir, kapal terbang dan lain-lain. Semperna memanggil seru kepada 2015, ada baiknya kita berdoa agar negara ini diselamatkan oleh-Nya di masa akan datang.



           Semua mesti sok-sok para guru apabila menjelang tibanya tahun baharu dengan bertanyakan soalan-soalan konvensional seperti "apakah azam kita pada tahun ini". Lalu kalian juga dengan debar benaknya ingin berkongsi bersama-sama. Hari ini Fieq ingin berkongsi sedikit lebih azam dan matlamat Fieq untuk tahun ini
  • Mula belajar bahasa baru (Mandarin dan Jepun)
  • Mula belajar serius semasa Sarjana Muda kelak
  • Mula bersenam dan meninggalkan aktiviti kurang sihat
  • Mula belajar bekerja dan mencuba nasib dalam perusahaan
  • Mula menjadi blogger matang dan berdisplin
  • Mula mencari jodoh 
  • Mula menulis novel dari cerpen sendiri.
  • Mula berusaha mencari biasiswa untuk Sarjana Muda.
  • Mula mengasah kemahiran-kemahiran keperluan untuk kerja.
  • Mula mencari network dalam perancangan kerjaya.
  • Mula mendalami ilmu-ilmu agama. 
  • Mula menjadi anak, sahabat dan saudara yang baik.
  • Mula mempergiat penulisan dalam Remaja Bioinformatik
  • Mula mempergiat penulisan dalam Prof IT
  • Mula berusaha supaya semua azam ini tercapai


Ini adalah 15 azam Fieq tahun ini sempena menyambut tahun 20'15. Harapan agar semuanya berjalan dengan lancar.

p/s: doakan Fieq dapat keputusan yang baik dalam MUET dan jawapan penerapan Ijazah Sarjana Muda UiTM :D





0 ulasan: