MUET... muet...

13:31 Raf 0 Comments

      Harini dah keluar keputusan MUET .. Ramai yang kelihatannya menangis keriangan, tidak kurang juga ada yang sedih kesepian. Untuk menyemak boleh ke

http://webmpm.mpm.edu.my/muet_result/DetailsFrm.aspx?kp=XXXXXX-XX-XXXX (no kp anda)


     Diri ini termasuk antara yang kurang bernasib baik. Sedih? Ya, sakitnya itu di sini!(lagu dangdut Cita Citata) Hehe..

     Result Muet Fiq boleh dikira gagal untuk masuk ke Ijazah STEM (Sc-Tech-Engineering-Math) bagi syarat baharu kemasukan ke universiti bermula tahun ini. Baca details berita disini.

     Untuk ulang baru Fieq akan ambil sesi Julai sebab tempoh mendaftar sesi Mac sudah tutup.Keputusannya pula adalah dalam bulan September 2015. Maksudnya UPU tahun hadapan (september 2016) baru Fieq boleh gunakan MUET Julai ni. Memang sedih sangat semalam, tapi tak boleh nak buat apa. Redha je laa dengan ketentuan-Nya.

      Kali ni kena buat baik-baik. Tapi Fieq masih lagi berharap kuat agar boleh masuk universiti tahun ni dan syarat itu masih lagi belum dikuatkuasakan. Berilaa peluang untuk ubah semasa sedang belajar.. :)

0 ulasan: