Batalkan hasrat ke kursus di Digicity

20:33 Raf 0 Comments

            Salam.. bosannya hari-hari buat benda sama.. Yang baca ni (kok ada yang baca laaa) tak bosan ke hari2 kita buat benda sama je kalau cuti.. sama ada tidur, makan, main game dan online. Tak kira laa cuti sekolah ke cuti semester ataupun sedang menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran.

           Fieq dah mula cuti sejak bulan 10 yang lalu, sebab dah tamat pengajian diploma sains komputer di UiTM.. Dah macam-macam benda dibuat untuk hilangkan bosan macam jogging, pergi relax di refleksologi, buat bisnes dan cari kerja. Selama 2 bulan ni cari kerja part time di Jelebu tiada yang kosong, tup2 ada seorang pensyarah syorkan untuk ambil peluang hadiri kursus berpraktikal di DiGiCity berkaitan software dan hardware yang lebih detail dan menjurus kepada persekitaran bekerja. Tajuk kursus adalah Industrial Automation Design – Composites Manufacturing Technology. .


Tapi yang sedihnya Fieq terpaksa lepaskan dulu sebab berkemungkinan besar Fieq akan mendaftar program Ijazah pada bulan 3. Oleh kerana program ini berlansung selama 8 bulan (4 teori 4 praktikal) jadi Fieq rasa macam membazir pula sudah belajar penat tetapi tiada praktikal. Jadi pada sesiapa kalau ada yang berminat bolehlah menghubungi pihak digicity sebelum 1 Disember 2014 ini. Maklumat ada dibawah.

Tajuk Kursus : INDUSTRIAL AUTOMATION DESIGN – 
COMPOSITES MANUFACTURING TECHNOLOGY. 
(Perisian dan Rangkaian Komputer)
http://www.digicity.com.my/
Tempoh Latihan : Disember 2014 hingga Julai 2015 (8 bulan)
Tarikh Melapor Diri : 1 Disember 2014 (Isnin) jam 9.00 pagi
Tempat : Digicity (M) Sdn Bhd
No 16 JLN Cempaka 1, Taman Cempaka, 75400 Peringgit, Melaka.
Sesiapa yang berminat boleh hubungi En Ariff ( 0133084657 ) untuk keterangan lanjut.
Kursus Percuma dan di beri elaun RM 500 / bulan.

Sekian sahaja buat kali ini.. Assalamualaikum :)

0 ulasan: