Penyakit Gusi? Apa tu? Ubatnya?

14:00 Raf 0 Comments


   Sejak saki gigi ni mulalah nak bajet cam doktor sikit.. blog nih nnt oleh laa jadi blog kesihatan pulak haha.. Ok .. arini tengok kat cermin tiba-tiba gusi berdarah, bengkak pulak tu, ni mesti ada kait dengan cabut gigi semalam jugak..  Jadi, dalam usaha google2 ni, nak share jugaklah pada  semua yang apa tu sakit gusi dan apa ubatnya.. Bawah ni ada surat layang dari Oral-B pasal Penyakit Gusi.







         Gusi yang bengkak akan menimbulkan rasa sakit yang terus-menerus dan memerlukan bantuan dentist untuk mengubatinya. Tetapi kita juga dapat mengubati gusi yang bengkak dengan cara tradisional  Berikut ini 10 Cara Alami Mengubati Gusi Bengkak

1. Menggunakan Air Garam Hangat
Sama seperti minyak cengkeh, air garam memang sering diterapkan ketika kesihatan mulut anda bermasalah seperti ketika sakit gigi. Air garam ternyata juga dapat dimanfaatkan untuk mengatasi gusi bengkak anda, caranya cukup campurkan 1 sudu garam dengan 1 gelas air hangat, dan langsung dikumur-kumur. Lakukan dengan cara ini 2 kali sehari.

2. Menggunakan Minyak Cengkeh
Minyak cengkeh sangat terkenal dengan ubat untuk pelbagai macam masalah mulut seperti sakit gigi. Tak hanya itu, ternyata minyak cengkeh juga bermanfaat untuk mengubati gusi bengkak anda. Caranya sangat mudah, cukup sapukan minyak cengkeh pada gusi anda yang bermasalah, sebaiknya gunakan 3 kali sehari setelah makan dan tetap gunakan sampai gusi anda sembuh.

3. Mengunakan Lemon dan Air Hangat
Cara ini juga cukup mujarab, iatu cukup menggunakan ¼ lemon, lalu perah airnya lalu campurkan dangan ½ gelas air hangat. Kemudian kumur-kumur, lakukan cara ini 2 kali sehari.

4. Banyak Minum Air Putih
Ketika gusi anda sedang bengkak, saliva atau air liur anda akan berkurangan. Untuk mengatasinya, banyakan minum air putih. Selain itu, minum air putih dapat membersihkan mulut dan gusi anda dari bakteria.

5. Urutan Gusi
Cara ini sangatlah mudah untuk anda lakukan, caranya cukup menggunakan jari telunjuk anda. Cara memijatnya cukup menggosok gusi anda secara melingkar secara halus dan perlahan. Jika terlalu sakit, anda juga boleh mengurut dengan menyentuh pipi bahagian gusi bengkak anda. Pastikan jari anda dalam keadaan bersih, sehingga tak membawa bakteria lain yang mudah menjangkiti mulut anda.

6. Pilih Makanan yang Sesuai
Kadang atau bahkan biasanya penyebab utama gusi bengkak kerana pilihan makanan yang salah untuk anda. Seperti daging, makan makanan keras, dan lainnya. Usahakan untuk menghindari makanan yang dapat membuat sisanya tersangkut di celah gigi anda seperti daging, jika sudah terlanjur anda dapat mencuba membersihkannya dengan flos.

7. Teratur Memberus Gigi
Dengan menggosoknya secara teratur dapat menghilangkan sisa makanan serta bakteria yang berada dalam mulut. Minimal, gosoklah gigi 2 kali sehari yaitu ketika sebelum tidur dan setelah bangun tidur. Serta hindari menggunakan sikat gigi yang kasar, yang malah membuat gusi anda berdarah dan membengkak.

8. Mengkonsumsi Vitamin dan Makanan Berserat
Salah satu hal yang dapat menyebabkan gusi bengkak adalah kerana kekurangan vitamin terutamanya vitamin C dan anda jarang mengambil makan yang berserat. Cubalah mengkonsumsi buah-buahan dan sayuran hijau setiap hari dalam menu makanan anda.

9. Gunakan ubat kumur alami buatan sendiri
Anda dapat mempersiapkan ubat kumur sendiri di rumah untuk mengubati sakit gusi. Gunakan air dengan campuran hidrogen peroksida atau baking soda untuk ubat kumur. Berkumur dengan campuran ini dapat mencegah sakit gusi. Lakukan beberapa kali sehari untuk mencegah pembuatan dan penyebaran bakteria dalam mulut.

10. Modifikasi diet
Cegah rasa sakit pada gusi dengan menghindari makan makanan yang menempel pada gusi dan dapat membangun plak, seperti roti putih. Sebaliknya pilihlah makanan yang mengandung vitamin C tinggi, seperti sayuran segar dan buah-buahan. Perubahan dalam diet alami dapat menenangkan gusi, apalagi jika mengandung banyak vitamin yang baik untuk penyembuhan dan kesihatan gizi.


















p/s: rujukan dari
ORAL B Dental Care
http://www.dentalcare.com/media/en-US/patient/malay/periodon.pdf
dan blogger kesihatan lain :D

0 ulasan: