Sakit Gigi Huhuhu T_T

19:00 Raf 0 Comments

        Salam semua.. ni tadi baru balik dari hospital, sebab gigi ni sakit sangat. Mula-mula datang aritu sebab nak cabut satu gigi sebab gigi sakit sangat tapi doktor nasihat datang lagi hari ni cabut lagi satu.. Tapi hari ni pelik sikit, sebab masa buat operation tu memang tak sakit. Cuma cucuk bius la sakit sikit. Selepas operate doktor dah suruh makan ubat tahan sakit. Masa bius ada lagi ok la. Bila alik rumah, bius dah abis je terus rasa sakit. Sakit yang memang takleh nak tidur dan tak berdaya nak gi solat Jumaat.

Gigi fieq mcm kat sebelah kiri tu .. Gigi bawah kanan , ada satu depan dua belakang dan satu bawah


         Last sekali, jumpa doktor balik.. doktor terangkanlah kedudukan gigi berlapis ni, Dia ada empat gigi dulu, satu depan, dan dua di belakang yang rapat dan satu yang kecil baru tumbuh (sewaktu kecil) di bawah dua gigi tadi yang menghalang gigi kecil ditarik keluar.. dulu first cabut depan senang . tapi bila nak cabut gigi bawah tu,, terpaksalah doktor cabut dengan cara yang sukar sehingga berlaku impaksi gigi, Dimana dua gigi belakang yang memayunginya itu terpengaruh sama. Selalunya impaksi gigi berlaku pada gigi bongsu yang senget.

kiranya 1 gigi bawah tu yang impacted teeth yang menyebabkan dua gigi pula sakit

Contoh lain

        Selain caut, doktor juga ada tampal bagi elak kuman pada celah gigi yang terdedah.. Ohh iya.. impaksi gigi nih ada bermacam-macam jenis macam di bawah ni. Oklah sampai sini je.. Gigi masih sakit ni nak tidur.. Doktor cakap dalam  2 minggu baru elok.. Doakan Fieq cepat sembuh ea.. :D InsyaAllah.. Amin..








0 ulasan: