Masa Sudah Membunuhku!

20:30 Raf 0 Comments


     Salam, syukur kerana hari ini Fiq masih berpeluang untuk menulis sedikit cerita di memo indah ini. Pembaca, pernah tak sesekali merasakan yang diri kita ini sering membazirkan masa?
     Pada cuti semester kali ini bahkan pada cuti sebelum biasanya, perkara ini sering berada di benak pemikiran Fiq. Apakah yang Fieq lakukan sepanjang cuti ini? Apa manfaatnya? Berapa banyak dosa ataupun pahala yang telah dilakukan.



    Banyak perkara-perkara yang telah ditarget pada awal cuti tidak dilakukan pun . Contohnya, plan-plan untuk rajin menulis blog, hadir kuliah agama, study programming, study Calculus,siapkan novel, belajar bahasa Jerman dan Jepun, bangunkan program android, bersenam, dan lain-lain hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam. Perkara ini tahan paling lama 2 minggu, selepas itu semuanya kembali kepada kehidupan tidak sihat.

     Namun begitu, diri ini tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya diri ini tidaklah null semata-mata dan tetap dapat melakukan hal-hal terbabit daripada tak melakukan langsung.

     Lagi berapa minggu lagi sudah mahu mula kuliah di kampus baru yakni Jasin, harapan agar semester kali ini tidak dibazirkan dan semoga lulus semua subjek supaya boleh graduate on time. Dengan itu, Masa Takkan Membunuhku . :)

0 ulasan: