Transformasi Minda : Universiti VS Sekolah
Perubahan Minda. Ia adalah satu cabaran yang sangat hebat bagi seorang mahasiswa / mahasiswi untuk mengharungi perjalan alam universiti. Saya kategorikan dua kelompok pelajar yang telah mendaftar iaitu pelajar cemerlang dan sederhana cemerlang.
Alam persekolahan dan Universiti adalah dua (2) alam yang jauh bezanya bagi yang benar-benar nampak. Matlamatnya sama, iaitu untuk menuntut ilmu tetapi caranya adalah tidak sama. Berapa ramai pelajar cemerlang di alam persekolahan tetapi kecundang di universiti. Begitu jugak pelajar yang sederhana cemerlang menjadi lebih gemilang bila masuk ke Universiti.
Saya tidak mempunyai analisa data bagi kes ini, tetapi saya boleh lihat sendiri rakan-rakan seperjuangan di sekeliling. Seorang rakan yang pernah menjadi tokoh pelajar disekolah dengan keputusan SPM yang cemerlang gagal menamatkan pengajian di universiti dan akhirnya terpaksa bekerja makan gaji untuk menyara kehidupan keluarga.
Seorang lagi rakan, sederhana keputusan SPM nya dan kurang mendapat perhatian sekolah akhirnya menjadi pemimpin pelajar yang dihormati di universiti dengan keputusan yang cemerlang dan berjaya di dalam kerjaya sehingga sekarang. Kedua-dua mereka adalah rakan baik saya. Walaupun ia bukanlah menggambarkan keseluruhan populasi mahasiswa / mahasiswi, tetapi ia jelas dan memberi kesan kepada kehidupan saya yang kebijaksaan otak (IQ) semata-mata bukanlah taruhan utama untuk untuk berjaya di universiti. Ia lebih kepada sikap. Iaitu sikap individu itu sendiri bila mula menjejakkan kaki di universiti.
Kembali kepada perkara utama yang saya telah sentuh tadi iaitu perubahana minda. Ramai dikalangan mahasiswa/mahasiswi yang takut untuk meninggalkan kenangan alam persekolahan sehingga mereka terbawa-bawa ke univeristi. Mereka berasa selesa dengan apa yang telah dilalui selama 11 tahun dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Mereka merasakan kaedah kehidupan sebelum ini adalah cara paling terbaik untuk meneruskan kejayaan dan mereka lupa yang mereka bukan pelajar unversiti tetapi masih lagi didalam khayalan alam persekolahan. Penghujungnya mereka akan terperangkap didala dunia khayalan mereka sendiri dan kecundang dipertengahan perjalanan kerana tidak berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan dan cara hidup yang berbeza.
Persoalannya bagaimanakah untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dikecapi sebelum ini di Universiti?
Perkara yang paling penting adalah ubah Mind Set anda. Apa itu Mind Set?
Mind Set - adalah terhasil dari gabungan dua perkataan iaitu ‘mind’ dan ‘set’. Mind adalah perkataan inggeris bermaksud minda dalam bahasa Melayu. Perkataan ‘set’ bermaksud tetapan.
Nak ubah ke mana? ubah dari seorang budak sekolah kepada seorang mahasiswa/mahasiswi. Letakkan diri anda kepada tahap kematangan penuntut ilmu di Institut Pengajian Tinggi, bukan lagi budak sekolah yang tunggu untuk disediakan semua perkara. Menjadi penuntut, anda harus faham konsep survival iaitu berdikari diatas kaki sendiri. Jangan mengharap untuk orang lain menyediakan segalanya kepada anda. Anda harus cakna (alert) dengan persekitaran jika tidak mahu ditinggalkan. Jangan jadi pelajar yang memerap didalam bilik tanpa mengetahui apa yang berlaku diluar.
Saya tidak mempunyai analisa data bagi kes ini, tetapi saya boleh lihat sendiri rakan-rakan seperjuangan di sekeliling. Seorang rakan yang pernah menjadi tokoh pelajar disekolah dengan keputusan SPM yang cemerlang gagal menamatkan pengajian di universiti dan akhirnya terpaksa bekerja makan gaji untuk menyara kehidupan keluarga.
Kembali kepada perkara utama yang saya telah sentuh tadi iaitu perubahana minda. Ramai dikalangan mahasiswa/mahasiswi yang takut untuk meninggalkan kenangan alam persekolahan sehingga mereka terbawa-bawa ke univeristi. Mereka berasa selesa dengan apa yang telah dilalui selama 11 tahun dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Mereka merasakan kaedah kehidupan sebelum ini adalah cara paling terbaik untuk meneruskan kejayaan dan mereka lupa yang mereka bukan pelajar unversiti tetapi masih lagi didalam khayalan alam persekolahan. Penghujungnya mereka akan terperangkap didala dunia khayalan mereka sendiri dan kecundang dipertengahan perjalanan kerana tidak berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan dan cara hidup yang berbeza.
Perkara yang paling penting adalah ubah Mind Set anda. Apa itu Mind Set?
Mind Set - adalah terhasil dari gabungan dua perkataan iaitu ‘mind’ dan ‘set’. Mind adalah perkataan inggeris bermaksud minda dalam bahasa Melayu. Perkataan ‘set’ bermaksud tetapan.
Mindset bermaksud tetapan minda. Ia adalah jenis setting yang Anda tetapkan pada minda Anda.
Nak ubah ke mana? ubah dari seorang budak sekolah kepada seorang mahasiswa/mahasiswi. Letakkan diri anda kepada tahap kematangan penuntut ilmu di Institut Pengajian Tinggi, bukan lagi budak sekolah yang tunggu untuk disediakan semua perkara. Menjadi penuntut, anda harus faham konsep survival iaitu berdikari diatas kaki sendiri. Jangan mengharap untuk orang lain menyediakan segalanya kepada anda. Anda harus cakna (alert) dengan persekitaran jika tidak mahu ditinggalkan. Jangan jadi pelajar yang memerap didalam bilik tanpa mengetahui apa yang berlaku diluar.
Menurut sebuah laman web seorang pensyarah UPSI (Mahasiswa Bukan Pelajar Sekolah)Apabila telah bergelar mahasiswa, kita bukan lagi disuap dengan ilmu, diminta menghafal fakta dan dipimpin dalam setiap perkara. Seorang mahasiswa mencari ilmu, memahami dan menganalisa fakta dan yang paling nyata memimpin orang lain. Malah, menurut Prof Ir. Dr. Wan Hamidon dan Norngainy dalam tulisannya, ‘Mahasiswa Bertaraf Dunia’, seorang mahasiswa yang bertaraf dunia mempunyai kematangan dalam berfikir, berani, bersemangat kental, kreatif, kritis dan menguasai kemahiran-kemahiran insaniah atau softskills.- http://blog.upsi.edu.my/heai/
p/s: Universiti Vs Sekolah "tinggalkan kenangan yang terindah sebagai pendoman hidup yang lebih mencabar." Semoga berjaya dengan segala ujian dan rintangan. Sekadar berkongsi, semoga ianya bermanfaat.
0 ulasan:
Catat Ulasan