Buah Kurma VS Kiamat

23:40 Raf 0 Comments

Date Cheese Cake

        Hi.. Assalamualaikum semua.. Hari ni Fieq nak share sikit tentang satu hadis nabi kita yang berkait mengenai kepentingan amanah atau kerja di dalam aspek islam. Fieq teringat ustazah yang juga merupakan mentor atau di alam universiti lebih digelar sebagai Penasihat Akademik. Beliau pernah tegur Fieq masa di alam persekolahan dahulu apabila Fieq sedikit kecewa dengan keputusan, dan bertanya sama ada patut untuk berputus asa.. Hal ini sebenarnya bersangkut paut dengan pembuangan subjek Sains Pertanian untuk satu kelas sedangkan itu antara subjek paling Rafieq minat dan satu sahaja peluang Fieq untuk layak ke Asasi Sains Pertanian sekiranya Fizik hanyalah cukup-cukup makan..
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]


         Hadis ini menyedarkan Fieq bahawa walau apapun yang akan berlaku esok pagi sama ada kiamat, atau pun tidak layak untuk Fieq mengambil program tersebut, Fieq tetap kena berusaha untuk menuntut ilmu, kerana yang penting adalah usaha apa yang kita cuba bukanlah hasil semata-mata.. Dan alhamdulillah dek kesedaran ini, sendi ini mampu terbangun semula sehinggakan tidak percaya Fieq mampu mendapat tawaran temuduga dan lulus untuk ke UTPetronas maupun pada akhirnya memilih UiTM setelah berfikir panjang.. Kenapa UiTM? Tak tahulah.. UTP hebat, mungkin ketika itu Fieq berasa takut dan membeza-bezakan kesukaran mengambil terus degree di UTP atau berjinak dengan Diploma dulu di UiTM.                 

         Walaubagaimanapun, UTP dapat tawaran atas usaha dan bantuan keluarga, tidak semestinya kita menjadi graduasi UTP sekiranya layak masuk ke UTP bukan? Kepada adik-adik yang baru hendak menjejak kaki ke universiti tahun ini, Fieq ucapkan tahniah dan timbalah ilmu di sini secara inter dan intra.. luar dan dalam semoga kefahaman itu menjadi kepakaran diakhirnya nanti .. Wallahualam..  :)

Ulasan tentang hadis tadi:
Silakan baca KEMBARA PENTARBIYAHAN

0 ulasan: