Apa khabar?? CS

13:08 Rafieq Roslan 0 Comments

                  Salam.. rasa macam sudah berabad tidak bersapa, sehinggakan Fieq da rasa sedikit kekok nak menulis. Ok,  mesti semua tertanya-tanya mana Fieq belajar sekarang.. ke dah kerja??

                 Untuk makluman semua penulis kini sedang menyambung pelajaran di sebuah IPTA iaitu di Universiti Teknologi MARA , Kampus Alor Gajah. Di sini penulis mengambil program CS110 iaitu Diploma in Computer Science kelas 1A.

                      Program CS di UiTM ni lebih kurang je dengan program Bachelor Technology di Universiti Teknologi Petronas yang Fieq dapat dulu. Tapi janganlah sebabkan isu Fieq pilih untuk tukar ke UiTM dijadikan alasan UTP teruk.. UTP sangat bagus tetapi tak semua orang mampu melalui proses pembelajaran di sana termasuk dari segi kewangan, jadual belajar yang padat dan ada juga yang mungkin homesick di sana. Maklumlah kalau nak dilihat dari segi makanan memang jauh berbeza citaraso Negeri Sembilan yang suka lemak dan pedas berbanding di Perak yang majoriti menggunakan 20 tin gula ya abad! * 

- (*) Fakta tanpa ujikaji hehe :)

                      Sebenarnya tak kesah laa mana-mana.. Sains Komputer tu memang susah.. Kalau kita nak ambil kos nih.. Memang perlukan minat yang tinggi dan bukanlah disebabkan suka bermain permainan komputer semata-mata...

                       Kepada yang masih belum sambung belajar dan berniat untuk sambung bidang ini Fieq nasihatkan ambil kos di MultiMediaUniversity yang memfokuskan semua bidang seperti perubatan, kejuruteraan, pengurusan dan lain-lain kepada sains komputer.

                      Baiklah, akhir kata SALAM AIDIL FITRI KEPADA SEMUA :))

0 ulasan: