Nak isi UPU. Apa yang BEST!!??

02:57 Raf 1 Comments

Orang cakap kalau minat sambung laa mana-mana tetap dekat bidang tu juga. Fieq dapat 5A dalam SPM kali ni. Keputusan UPU perlu diteliti dengan sangat dalam dan perlu berusaha untuk merombak balik pilihan dulu.  Cadanng nak pilih ASASI tapi rasanya basic adalah perkara paling penting dalam menuntut ilmu jadi Fieq rase lebih baik Fieq ambil Diploma supaya lebih memahami. Tapi nak pilih bidang apa ekk?


1) Diploma in Computer Science (Information Technology) ,UTM
2)Diploma in Computer Science (Multimedia) ,UTM
3)Diploma in Game Design and Development, UPSI
4)Diploma Computer Science, UiTM
5)Diploma in Science, UiTM
6) Diploma in Information Technology (Networking), PUO
7)Diploma in Electrical Engineering (Telecommunication), UTM
8)Diploma in Chemical Engineering, UiTM
9)Diploma in Science, UPSI
10)Diploma in Early Childhood Education, UPSI

1) Foundation(ASASI) in Law , UiTM

Atas ni adalah TOP 10 kepada diploma yang fieq suka dan 1 asasi sebagai back-up.


UTM Computer Science

-Program nih merangkumi seluruh bidang Sains Maklumat / Informatik cuma mereka dibahagi kepada 2 kumpulan mengikut kecenderungan mereka.. iaitu IT dan Multimedia. Lepasan diploma diserap ke Rangkaian Komputer & Sekuriti, Database, Kejuruteraan Perisian, Bio informatic, dan Grafik dan Multimedia.


UTM Electrical Engineering (Telecommunication)

-Bidang kejuruteraan yang menggabungkan bidang kejuruteraan elektronik, komputer dan teknologi maklumat. Ia sedikit bertindan dengan kejuruteraan penyiaran.

UiTM Computer Science
-Program satu ni agak mencabar sebab di bawah fakulti Matematik.. Jadi Fieq cuma belajar sikit pasal komputer dan lain-lainnya pasal ekonomi, akaun, dan lain-lain.

UiTM Chemical Engineering 

-Bidang kejuruteraan kimia.. Kimia Fieq lemah.. jadi tak tahu lah sesuai ke tak?

UiTM Law ASASI
-Program matrikulasi undang-undang di UiTM

UiTM  Science

-Program satu ni adalah program diploma kepada yang malas nak masuk matrik tapi masih berminat nak sambung medic atau masih tak tahu bidang sesuai.

UPSi  Science
-Program satu ni adalah program diploma kepada yang malas nak masuk matrik tapi masih berminat nak sambung medic atau masih tak tahu bidang sesuai.

UPSi Game Design
-Ini kursus pembangunan permainan di bawah pendidikan. Ia mungkin untuk  membantu para pelajar melendasi dunia baru dengan gaya p&p yang dinaiktarafkan.

UPSi Early Childhood Education 
-Diploma ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Mendedahkan bakal graduan kepada aplikasi pengetahuan dan pengalaman terhadap kanak-kanak yang berbeza dari segi budaya dan kebolehan untuk melaksanakan pengajaran dan interaksi yang positif dan berkesan. Program ini melahirkan graduan yang mampu berinteraksi secara berkesan dengan kanak – kanak dalam situasi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pengurusan dengan cara membina dan mengurus persekitaran pembelajaran yang positif.

PUO Networking
-Ni adalah cabang Computer Science iaitu Sistem Rangkaian. Graduan boleh bekerja sebagai Pembantu Juru  Teknik Komputer

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Greetіngѕ! Very helpful advіce
in this particular article! It is the little сhanges that ωіll makе the mοst significant changes.
Τhanks a lot for sharing!

Feеl frеe to visіt mу ωeb blog ...

percentage difference calculator