Dapat anugerah pelajar cemerlang ^^

19:59 Raf 0 Comments


   Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum seluruh pembaca dan penulis ..



Hari ni Fieq dijemput ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Undang Jelebu sebagai VIP untuk menerima hadiah dan sijil sebagai salah seorang pelajar yang mendapat keputusan SPM yang baik (5A ke atas) :)

 
RanGKuek Majlis                                emcee ^^                                  RangKuek Sakulah                    

Fieq di maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKUJ telah menyertai pertandingan PIBG Cemerlang, mewakili Jelebu ke peringkat Negeri. Keputusan telah diumumkan pada 26 Mac 2012 di Hotel Allson. PIBG SMKUJ berjaya menduduki tempat ke-3. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa PIBG terutamanya YDP, Encik Azmi Aziz, SU PIBG, Ustazah Sarijah Abdul Salim dan Bendahari PIBG, Cikgu Siti Nurbaya Zulkifly atas usaha mereka. Walaupun tidak berjaya mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan, namun PIBG berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM 3000. Alhamdulillah.

     
Salah Satu kebintaraan yang ada pada SMK Undang Jelebu ^^

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 telah berjaya dijalankan dengan lancar pada 29 Mac 2012 di Dewan Karisma SMKUJ. Ramai ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan mesyuarat tersebut. Ia dimulakan dengan perbahasan usul, dikendalikan oleh Encik Azmi Abdul Aziz, YDP PIBG SMKUJ. Semua usul berjaya dibahaskan dengan baik, oleh ibu bapa dan guru.

   
Jamuan                                         Usul ibubapa                     Cikgu Bukan je mengajar ^^"

Perasmian PIBG disempurnakan oleh Dato' Yunus Rahmat, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, mewakili Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim yang tidak dapat hadir kerana urusan lain yang lebih penting.

Dato' Yunus Rahmat; "apak kojap yo ucap nih" (=_=" 1/2 jam?? )
PIBG Terbaik (ketiga) di Negeri Sembilan
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang PMR dan SPM 2011(hehe ^^) serta keputusan ujian Bulan Mac 2012.
Hati2 semua huhu.. (serious malu nak naik^^ sbb xde laa cemerlang sangat)
Tu je laa.. dapat gak duit (tapi kat Titi lagi best duit dapat beratus-ratus... =_=" BESTNYAA!)

0 ulasan: