Tips dan Panduan Kerjaya Selepas SPM

12:56 Raf 2 Comments

Anda pelajar lepasan SPM?

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM 2011 khususnya. Tips dan maklumat berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.


Tips 1: Merancang dari awal

Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah. Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih.
Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad. Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda. Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan kerjaya selepas SPM 2011 nanti.

Tips 2: Lihat latar belakang akademik,minat dan komitmen anda
Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan. Jadi sebelum mengisi borang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik, minat dan komitmen anda. Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat sesuatu keputusan.Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.

Tips 3: Beri komitmen dan buat penyelidikan
Namun begitu, komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda. Jika anda mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta cara-cara untuk mencapai kejayaan hendaklah dibuat. Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu anda adalah penggerak utama kepada diri anda sendiri.

Tips 4: Pertimbangkan mengenai pembiayaan pelajaran anda
Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting kerana hampir kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian.
Jika anda memilih untuk ke institusi swasta, bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat pelbagai kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal, makanan, buku dan kegiatan lain harus juga diambil kira.

Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan SPM 2011. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan maklumat daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hai.. saya pelajar lepasan spm 2011.. saya pernah buat permohonan ke IPTA..tapi saya tidak layak.. lepas tu, saya tak sempat nak buat rayuan ke IPTA..sebab masa tu saya menjalani progran latihan khidmat negara (PLKN).. sekarang ni, saya x tahu nak buat macam mana.. kalau nak buat rayuan ke IPTA pun da tarikh tutup..
kawan saya ckp, tunggu permohonan utk tahun depan je.. so sekarang ni, kawan saya suruh saya bekerja..kalau x nak kerja, masuk je kolej.. tapi kwn saya kata kalau nak masuk kolej masuk je la tapi rugi kalau masuk sekarang..sebab pembelajaran dekat kolej tu da jauh..

TOLONG SAYA!!!! >_<

daripada: orang kekeliruan~

Raf berkata...

Encik boleh mendaftar untuk kemasukan ke UiTM bagi kemasukan Disember ataupun di IPTS2 yang menawarkan program yg bermula pada Januari/Disember... Good Luck!