Prestasi Cemerlang Lepas Kahwin

00:58 Raf 0 Comments





Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah. Manusia mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Jika kita ditentukan berkahwin dalam usia muda, mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita.

Namun sebagai insan kita disuruh berikhtiar untuk mencari pasangan hidup yang memenuhi tuntutan agama.




Gambar dari Pages di Facebook.com - Agak², bile kita boleh Nikah~? 
JOHOR BAHRU - Berkahwin waktu belajar masih boleh berjaya.
Itulah yang dibuktikan Siti Hajar Aiyshah Yunus, 22, dan suaminya, Muhammad Suffian A. Rahim, 25, yang menerima diploma masing-masing pada Majlis Penyampaian Ijazah dan Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi Graduan Program Kerjasama dan Program Eksekutif 2010 di sini semalam.
Mereka mengambil jurusan yang sama iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik dengan Siti Hajar memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.68 manakala suaminya, 3.21.
Lebih menarik, pasangan itu yang berkahwin pada 2007 ketika di tahun dua, turut dikurniakan dua anak, Aiyshah Humairah, 2, dan Muhammad Amzar Hamizan, empat bulan.
"Ketika hendak berkahwin, keluarga mulanya membantah tetapi apabila kami beri sebab-sebab yang munasabah, mereka akhirnya bersetuju. - HMetro & BHarian



“Dalam satu hadis ada menyebut, ibu bapa hendaklah mengahwinkan anak mereka apabila sudah layak mendirikan rumah tangga.

Jadi, dalam hal ini setiap orang perlu berusaha mencari jodoh malah orang yang berkahwin awal boleh diibaratkan seperti menunaikan separuh daripada iman.Jika tidak menemui jodoh, pergi berjumpa orang alim seperti tok guru, imam atau ulama untuk meminta panduan dan nasihat

Nabi Muhammad pernah bersabda: ‘Wahai pemuda, siapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan, hendaklah berkahwin’.

tu menunjukkan perkahwinan amat ditekankan Islam malah ada ayat al-Quran meminta wali atau sesiapa yang bertanggungjawab terhadap seseorang wanita mengahwinkan jagaannya. Islam melihat perkahwinan sebagai keperluan dan ibadat. Ia penting untuk melahirkan generasi baru

Dalam aspek kesihatan, berkahwin lewat mempunyai pelbagai risiko terutama kepada wanita contohnya apabila mengandung pada usia hampir 40 tahun terdedah kepada penyakit darah tinggi, kencing manis serta kelahiran tidak normal.Selain itu, kadar kesuburan juga antara faktor yang dikaitkan dengan fenomena kahwin lewat ini. Dengan tahap pendidikan tinggi, berkahwin lewat menyumbang kepada kelewatan jangka masa untuk memperoleh zuriat sekali gus menyebabkan penurunan kadar kesuburan.Kajian LPPKN menunjukkan kadar kesuburan di negara ini menurun daripada 3.4 peratus pada 1994 kepada 2.8 peratus pada 2004.Jika angka itu terus menurun, krisis kesuburan boleh berlaku sedangkan negara kini menuju negara maju menjelang 2020.

Oleh itu perkahwinan ketika di zaman kolej ini perlulah dicontohi oleh kita supaya dapat melahirkan individu Islam yang hebat dan cergas ^_^

0 ulasan: