Invite from UCSI =_+"

02:55 Raf 0 Comments


Cuti Panjang menunggu slip keputusan SPM ni membuatkan ramai ejen-ejen dari IPT seluruh dunia dan tempatan untuk mencari pelajar-pelajar baru. Rafieq pun dapat banyak cuma hari ni nak cakap-cakap sikit pasal UCSI University. Pada pendapat bloggers sekalian... okey tak UCSI nih.. Fieq tanya sebab dah banyak kali dia invite.. kat sms laa fb laa emel la.a.. ntah mana die dapat no telefon pon tak tahu..


Fieq untuk UCSI ni just pilih Foundation Science. Sebab tak tahu apa-apa pasal UCSI nih ^^"


Kalau nak tengok dari wikipedia
Universiti UCSI ialah sebuah universiti yang terletak di Taman Connaught, Cheras, lebih kurang 10 kilometer di selatan Kuala Lumpur,Malaysia. Diasaskan pada tahun 1986, UCSI telah diiktirafkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah universiti pada 13 September 2003.
UCSI adalah antara beberapa universiti swasta di Malaysia yang menawarkan satu lingkungan jurusan yang luas, termasuk Kejuruteraan,Teknologi maklumat dan PerniagaanSains gunaanFarmasi dan PerubatanSains sosial, dan Muzik.
Pada hari ini, UCSI menawarkan ijazah universiti sendiri dan selepas penghabisan kursus mereka, pelajar-pelajar boleh berpindah ke universiti antarabangsa untuk kursus lepas ijazah. UCSI juga menawarkan program-program kembar yang membenarkan pelajar-pelajar berpindah ke universiti-universiti di luar negeri untuk menghabiskan ijazah mereka. Ijazah-ijazah UCSI disederhanakan oleh Universiti London Timur yang bertindak sebagai pemeriksa luaran.
Pelajar-pelajar UCSI terdiri daripada pelajar-pelajar tempatan serta pelajar-pelajar asing dari ChinaIndonesiaSingapuraTaiwanVietnam,ThailandIndiaPakistanKenyaCongoIranIraqYemenArab SaudiEmiriah Arab BersatuMauritius dan Uzbekistan.
Sejarah
Dibuka sebagai Canadian Institute of Computer Studies, institusi pengajian ini makin bertauliah makin maju mengorak langkahnya. Pada tahun 1990, namanya bertukar menjadi Kolej Sedaya, kemudian Kolej Antarabangsa Sedaya. Pada tahun 2003, insititusi ini mencapai taraf kolej universiti lalu dinamakan University College Sedaya International (UCSI), diikuti pada tahun 2008 apabila taraf universiti sepenuhnya dicapai dan namanya menjadi Unversiti UCSI.


0 ulasan: