Kadang kala doa tak makbul

00:20 Rafieq Roslan 0 Comments


Dipetik dari: Ust. Syaiful Nizam bin Md Jan
Penolong Mufti Bahagian Tarekat
   
Berkata Ibrahim bin Adham ketika ditanya tentang firman Allah,

وَقَالَ رَبُّـكُمُ ادْعُونِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ، إِنَّ الَّذِينَ يَسْـتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادِتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ.

Yang bermaksud, Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Ghafir 60)

Mereka berkata: Kami berdoa tetapi kenapa doa kami tidak diperkenan?. Beliau menjawab: Hati kamu telah mati disebabkan beberapa perkara ini:

  1. Kamu mengetahui Tuhan kamu tetapi tidak melaksanakan haqNya.
  1. Kamu membaca Kitab Allah (al-Quran) tetapi tidak beramal dengannya.
  1. Kamu mendakwa syaitan adalah musuh tetapi kamu masih mengikutinya.
  1. Kamu kata mencintai syurga tetapi tidak melakukan amal untuk ke arahnya.
  1. Kamu sibuk dengan keaiban orang lain tetapi kamu lupa tentang keaiban diri kamu sendiri.
  1. Kamu makan dengan rezeki Allah tetapi kamu lupa bersyukur kepadaNya.
  1. Kamu ikut mengkebumikan jenazah saudara kamu tetapi tidak pernah mengambil iktibar daripadanya.
  1. Kamu takut kepada neraka tetapi masih terus melakukan dosa.
  1. Kamu memperakui mati itu benar tetapi tidak pernah membuat persediaan untuk menghadapinya.

Dipetik daripada buku Zikrullah Taala, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dar al-Maktabi, 1999 hlmn 31.
 


0 ulasan: