Contest Kreatif Menulis Bersama HOB
SALAM ... Harini Rafieq nak beri cerpen Rafieq; IKATAN BENANG MAYA (Secangkir kopi.. Seerat Facebook) Bagi sesiapa yang ada add Rafieq di facebook.com mungkin sudah pernah baca cerpen Fieq nih tapi bagi yang belum boleh baca fresh di http://www.facebook.com/note.php?note_id=130846956957049
Rafieq join Contest Kreatif Menulis Bersama HOB ni.. Bukannya untuk menunjuk hasil karya Fieq yangdapat rujukan PNS ni tapi cuma mahu berkongsi dengan blogger HOB untuk membaca karya ini.. Bukan semua orang rapat dengan kita bukan? Jadi apa salahnya kita saling membantu.. :) Saya harap supaya penulis HOB dapat add saya di face book
HeaRT_KeePeR ! *•❤•Shiqin Sunshine*•❤• !
Rafieq join Contest Kreatif Menulis Bersama HOB ni.. Bukannya untuk menunjuk hasil karya Fieq yang
HeaRT_KeePeR ! *•❤•Shiqin Sunshine*•❤• !
IKATAN BENANG MAYA (Secangkir kopi.. Seerat Facebook)
“Hon..Hon..Hon..”
Suasana pagi yang sibuk di Bandaraya Mega Metropolitan Tokyo sudah menjadi kebiasaan bagi warganya. Ramai yang keluar bersiar-siar dan bersenam pada waktu sebegini. Waktu pagi ini selalu kelihatan wajah-wajah ceria para pelajar dan pekerja. Semuanya melangkah menuju ke destinasi dengan hati yang ikhlas walaupun ramai yang memilih untuk menaiki bas atau komuter yang memiliki kapasiti yang amat padat. Ada juga yang memilih untuk berjalan kaki atau berbasikal, amalan inilah yang patut dicontohi kita kerana masalah kesesakan jalan raya serta kekangan ekonomi dapat dikurangkan.
Pada waktu itu, Fix yang merupakan seorang mahasiswa yang kini menuntut di salah sebuah universiti terkenal di Tokyo duduk tenang di dalam sebuah kopitiam; Tokyo Taste yang terletak berhampiran dengan universiti tersebut, Tokyo University of Agriculture and Technology yang merupakan sebuah universiti yang berada pada tangga ke- 26 dalam kedudukan universiti terbaik di Jepun. Pelajar jurusan Computer, Information and Communication Sciences ini, duduk di atas kerusi panjang sambil menikmati rasa kopi yang amat enak di kopitiam tersebut.
“Ahhh... Enak sungguh rasa kopi ini.. Alangkah bagusnya kalau setiap jam dapat ku hirupnya..”
“Tiutt... Tiutt..” bunyi gema dari laptop nya menunjukkan bahawa terdapat seseorang di laman sesawang Facebook.com telah menyapanya.
Dengan kemudahan jaringan tanpa wayar di kopitiam itu telahpun memudahkannya melayari internet dan menghubungi teman-teman. Pada pagi itu, seorang rakannya, Harumi berbual-bual dengannya begitu lama sehinggalah pukul 9.00 a.m sebelum Fix memulakan kuliah. Begitulah amalan yang dilakukan oleh Fix pada setiap pagi.
Setelah beberapa lama, muncul seorang pelayan wanita bertopi merah dan berkaca mata perang memberikan bil. Kedatangan wanita itu telah menarik perhatian Fix. Selepas kedatangan wanita itu, Harumi tidak lagi membalas komentar Fix di laman sesawang Facebook.com itu. Fix terus bangun dan berangkat ke universiti.
*************************
Di bilik kuliah Fix mendongak ke arah tingkap sambil bermonolog sendiri,
“Alangkah bagusnya kalau aku dapat bertemu dan mengenali Harumi dengan lebih dekat..”
“Hei.. Apalah yang dilamunkan itu?” Tegur seorang mahasiswi baru yang duduk di sebelahnya.
“Oh.. Tiada apa-apa,kamu pelajar barukah?? Tak pernah nampak sebelum ni,” balas Fix.
“Ya! Apa khabar? Saya Fumiko, salam perkenalan.” Kata Fumiko.
“Baik! Saya Fix,” kata Fix.
Lama mereka berbual, di saat itu Fix dapat merasakan bahawa seperti terdapat selembar benang yang telah mengikat mereka berdua. Dia merasakan seakan-akan Fumiko sudah lama dia kenali dan merasakan hubungan mereka amat rapat.
“Pang!!!” kuat hempasan helaian-helaian kertas yang dihempas oleh Encik Mitsuru, pensyarah kami yang mengajar Human-Computer Interaction Science.
“Fix dan Fumiko.. Kalau kamu tidak ingin belajar sekarang. Sila keluar,” garang beliau.
Encik Mitsuru amat marah kepada mereka kerana tidak fokus dalam bilik kuliah. Mereka terus diam dan meneruskan pembelajaran sambil ketawa kecil.
*************************
Keesokan harinya, Fix ke Tokyo Taste seperti biasa. Dia memesan kopi di kaunter dan duduk di meja Nombor 04. Pada pagi itu, Harumi tidak berada di atas talian dan Fix cuma menerima mesej bahawa Harumi sudah dapat peluang untuk meneruskan pengajian di sebuah univeriti di Tokyo. Fix berharap supaya dia dapat bertemu dengan Harumi. Tiba-tiba datang pelayan semalam memberikan secangkir kopi hangat kepada Fix lalu bertanya khabar. Fix berasa segan kerana memang amat berharap untuk mengenali gadis itu sebelum ini.
“Fix, kamulah yang selalunya minum kopi di sini?” Tanya pelayan itu.
Perasaan segan tadi tiba-tiba bertukar setelah beliau mendengar suara itu.
“Kamu kenal saya?” Tanya Fix.
Setelah itu, pelayan itu terus mengangkat topi dan merampas kaca mata perang dari wajahnya. Jelaslah wanita itu sebenarnya adalah Fumiko. Mereka bergaul dengan begitu mesra dan hari-hari mereka akan bertemu di dua lokasi yang berbeza iaitu di universiti dan di kopitiam. Lama-kelamaan cinta yang ikhlas mulai berputik antara dua insan ini. Cinta yang tulen dan suci dari dua pelajar universiti.
*************************
Pada suatu hari, Fix menerima mesej dari teman mayanya, Harumi. Harumi menyatakan bahawa dia sudah ada teman istimewa di Tokyo dan dia amat gembira di sini, Harumi sedar bahawa dia dan Fix sudah berjanji untuk bersama-sama belajar dan setia antara satu sama lain tetapi dia memaklumkan cinta itu tidak boleh ditipu, dan bukanlah hanya permainan di atas papan catur. Fix berasa sebak, tetapi dia masih dapat bertahan kerana hatinya sekarang sudahpun ada miliknya iaitu Fumiko. Pada waktu itu Fumiko datang dan menyapa Fix.
“Hai, apa khabar Fix?”
“Oh, baik,” kata Fix sambil matanya mengesat air di matanya.
“Kamu ada ‘facebook’ juga? Bolehlah jadi rakan saya di ‘facebook’. ” kata Fumiko.
Belum sempat Fix menghalangnya, Fumiko telahpun membaca mesej dari Harumi. Tiba-tiba Fix merasakan seperti ada air menitis ke bahunya. Dia takut Fumiko menganggap bahawa dia telah curang terhadapnya selama ini.
“Patutlah saya rasa matamu seperti berair tadi .” kata Fumiko sambil menitiskan air mata.
Fix mendongak dan bertanya, “Mengapa kamu bersedih? Dia hanya teman mayaku Fumiko.”
“ Kamu tidak perlu menjelaskannya Fix,” balas Fumiko.
“Rakanmu ini amat bertuah Fix, kerana teman istimewanya itu memang betul-betul istimewa baginya.”
“Maksud kamu? Kamu adalah..” Tanya Fix.
“ Ya, sayalah Harumi, Fumiko Harumi. Maafkan saya kerana menghantar mesej ini. Saya tidak tahu pemuda itu adalah kamu. Saya cintakan kamu,” Jelas Fumiko.
Fix terkejut sementara dan terus tersenyum. Dia duduk semula di atas kerusi dengan tenang. Dia mengangkat cawan yang berada di atas meja tersebut dan memandang ke arah Fumiko.
“Kopi??” kata Fix sambil melemparkan senyuman kepada Fumiko.
“Ya! Kopi.” Fumiko lantas tersenyum dan duduk bersama-sama Fix menikmati kopi yang enak.
Fix tidak sedar akan komentar terakhir di ‘facebook’ itu dari Harumi; “Orang itu bernama Fix juga.”
Itulah cinta, kita minta dia melayang, kita buang dia datang. Hubungan mereka kembali mesra sehingga berjaya memegang segulung ijazah di Tokyo University of Agriculture and Technology.
*************************
“Tiut... Tiut..”
Bunyi ini kudengar dan langsung membuatkan diriku terjaga. Komputer ribaku masih bercahaya. Terdapat seorang rakan mayaku, bernama Fumiko Harumi memberitahuku bahawa dia dapat memasuki Tokyo University of Agriculture and Technology dan bertanyakan tentang tawaran universiti manakah yang aku dapat.
Selepas itu….
“Angah.. Bangun cepat.. dah nak pergi ni” suara dari ibuku
Aku tutup komputer riba, lalu memandang surat tawaran dari pihak Tokyo University of Agriculture and Technology yang berada di tanganku sambil tersenyum. Keluar sahaja dari bilik ramai saudara-mara yang sudah bersiap-siap untuk menghantarku ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Setelah bersiap-siap, tanganku mencapai telefon bimbitku dan membaca mesej dari rakan-rakan sekolah dahulu, ramai yang turut mendapat tawaran yang sama sepertiku. Kenangan manis pelajar - pelajar ‘Lead 7-e’ dan guru-guru masih segar dalam sanubari.
Salah satu mesejnya adalah, “Tokyo, Jom ke Tokyo, Siapa kata SMKUJ tak bagus??”
Aku melangkah keluar dari rumah dan bermonolog “SMKUJ bagus.. Tunggu kami Tokyo!”
16 ulasan:
best !! sy suke.. rafieq jd la friends sy gak.. sy da jd friend awk :D
sayerr suke .. . nampak cite2 aawak tinggi bile awak tulis cerpen nie . .
http://www.blogger.com/profile/12198954271987461867
@cwEEty91
terima kasih.. friend di facebook?? baik.. insyaallah.. Kalau ada add Fieq akan approve
M!m!e RoZm!zA rOzMaN@
Ye ke Mimie?? Tinggi mana tuu?? ^_^
Hebat! Adik pernah buat buku ke?
Cikgu Souz@
Ishh.. xde laa sampai tahap tuu.. saya xde banyak modal sampai nak buat buku ^_^.. Lagipun ramai lagi yang hebat terutamanya yang join contest nih
Ohh.. saya harap kamu belajar rajin-rajin supaya nanti senang .. Pastu jangan dibiarkan bakat tu hilang.. asah ari2
InsyaALLAH saya akan usaha yang terbaik..
wahh2, cerita cinta muka buku diaa...hehehe, nice one jugak. & all the best...:)
takpa, menang kalah adat, yang penting usaha yg kita lakukan, idea yg dicurahkan, pengalaman yang diperoleh...^__^
Lia tak hebat dalam penulisan ni tapi Lia suka cerpen pendek ni. :D
jd freinds at blog sy :D
Farzull@ Ini episode percubaan.. ^_^ ya memang menang kalah semua x penting.. saya memang join untuk berkenalan dengan bakat2 baru ^)^. dan harap persahabatan ini jangan berhenti di sini.. plzz buat grup di fb..untuk kita??
Lia@ Awak tahu x tidak ramai yang berani blog menggunakan bahasa yang betul.. Dan itu sudah dikira hebat bagi awak tambah pula dengan gaya penulisan awak yang baik.. hebat x hebat nih bergantung pada idea anugerah Allah.. jadi tak perlu kita persoalkannya.. ^_^
cWEEty91@ ohh.. saya akan follow kalau hati ini terdetik dan memang saya harap akan follow bagi merapatkan hubungan kita penulis muda ^_^
sy da lame follow rafieq da ;DD
awl2 da follow rafieq ;DD
ok.. baik2 kak..
kan sy da bgtaw yg sy dah follow :)
wow.. terbaik~~!! :)
Catat Ulasan