Kita dan Mereka

10:00 Raf 0 Comments

Hidup, membawa maksud bernyawa manakala kehidupan pula boleh didefinisikan sebagai satu perjalanan seseorang di dalam hayatnya menempuhi suka, duka, kejayaan, dan kegagalan.

Kadang RB pernah terfikir adakah RB gagal dalam menjalani kehidupan ini. Seringkali kita membaca akhbar dan berita di tv terpampang ramai persona yang boleh dijadikan idola kerana kejayaan mereka dalam sesuatu bidang; yakni ramai yang masih muda telah melakar nama mereka di pentas mereka. Namun, dimana nama kita?

Jangan diunggahkan dengan kejayaan yang begitu tinggi, cukup lah dengan seseorang yang berjaya dalam kehidupan biasa mereka. Sebagai contoh, RB kenal beberapa orang yang masuk universiti di usia muda seperti 14-15 tahun, pengalaman mereka lebih luas, dan walaupun sebaya mereka sudahpun tamat belajar dan ada yang sudah mahu habis Master sedangkan diri ini masih bergelar mahasiswa degree ketika berumur 22.

Biasa tak kita menonton anime atau drama-drama budak sekolah dimana mereka hidup dalam lingkungan yang hebat sehingga membantu dalam pengalaman mereka mematangkan diri. Ada yang aktif di dalam kelab dan persatuan merasai "pengalaman persekolahan" yang benar. RB tak pernah merasa se-ekstrem aiskrim opkim begitu. Ya, memang ada aktif sehingga memegang  jawatan Ketua Bahagian , Pengawas Media, Naib Pegerusi dan Pengerusi tapi cumalah gunanya untuk dipateri di dalam "buku kredit kokurikulum" untuk menambah bonus dalam markah graduasi tamat persekolahan menengah atas, tidaklah adanya merasa pengalaman indah seperti di drama dan tv bersama sahabat sepasukan membanting tulang empat kerat mengejar cita-cita yang satu seperti filem Ola Bola yang masih utuh di pawagam sekarang.

Mungkin akan ada nanti yang mempersoalkan yang drama tv itu fantasi dan hidup kita realiti memang tidak mampu berdiri di atas kapal yang sama. Ok, kita beralih pada realiti pemain-pemain / pelakon drama atau filem pula. Apabila kalian menonton filem atau drama maupun sinetron sekalipun selalu tak cuba untuk google dan stalk kehidupan artis yang tertera di papan kenyataan Pak Cik Google tersebut.  Ramai diantara mereka sudah mulai terjun ke industri sejak kecil seperti Erin Malek, Diana Dianelle, Chelsea Olivia(Seberang), Nikitta Willy(Seberang) dan ramai lagi. Majoritinya pula selain sukses dalam bidang mereka juga sukses di hal lain dari segi bisnes, olahraga maupun akademik. Adakah kita ini gagal sebenarnya.? Kenapa tidak sama seperti mereka?

Pada pandangan RB, hal ini adalah kerana sikap mereka mungkin. Sikap kerja keras dan displin; bukti kejayaan di bidang lain dipengaruhi oleh satu faktor iaitu usaha keras lalu menjadikan benih untuk kejayaan di medium yang lain. Dan, mungkin sebenarnya kita tak perlu persoalkan sangat akan perbezaan. Mungkin mereka berjaya di sana, tapi kita berjaya di sini. Memang tak mungkin semua sama; bosan hidup kita. Allah Maha Bijaksana.

Sebenarnya rasa cemburu ini normal bagi manusiawi seperti kita, bukannya tidak senang akan kebahagiaan orang lain cuma kita terimpikan untuk berjaya seperti mereka; jadi jangan mengeluh sahabat terus bangkit mahupun sudah 22 tahun ataupun 44, bahkan 66 tahun sekalipun bangkit dan bangun lagi terus berusaha menjadi yang lebih baik dari semalam.









0 ulasan: