Result Tak Teruk Tak Gempak Alhamdulillah

09:42 Raf 0 Comments

     Salam permisa.. Lagi beberapa minggu beberapa hari nanti sudah masuk 1 September 2015. Tarikh bermulanya pengajian pelajar baharu ke universiti-universiti awam (UA) tempatan. Di sini RB nak ucapkan tahniah pada semua dan jadikan ini sebagai satu platform untuk uolls selongkar dan tackle job-job hangat di pasaran.

   Ni nak cerita pasal result final RB. Bila dah masuk u nanti inilah paling student risau , time nak check result final.Ada yang sanggup berjaga jam 12 malam semata2 x sabar nak tengok result ada yang berminggu-minggu xnak check sebab risau x DL. Result RB biasa2 je alhamdulillah tak cemerlang tak jugak gagal. Tapi tak dapat la nak tukar kos sbb kos ni susah T_T...

Ok sebelum start semester baru RB nak terangkan laa satu persatu courses RB ambil semasa semester pertama di Semester 3(Program Penerapan UiTM)

Programme: CS243 Bachelor Of Information Technology (Hons.) Intelligent Systems Engineering

Faculty: CS Faculty Of Computer And Mathematical Sciences

Courses:

CSC510 DISCRETE STRUCTURES 3.0
- Discrete Structure atau lebih dikenali sebagai Discrete Mathematics bagi tahap bawah2. Sepanjang RB study course ni apa yang RB dapat simpulkan dia adalah gabungan Discrete Math dengan Data Structure. Beza dengan Discrete Math, lebih kepada ilmu teori dan logik programming dan bukannya fokus kepada mathematics sangat walaupun ada beberapa silibus lebih kurang tapi RB dapat rasakan objectives dia bukanlah fokus pada math sangat tapi lebih pada programming. Dia sangat bagus untuk latih critical thinking kita. Kesimpulannya, computer science is one of mathematics field.


CSC520 PRINCIPLES OF OPERATING SYSTEMS 3.0
- OS ni biasalah RB kena ulang benda sama seperti diploma. Belajar pasal OS macam linux, windows, Mac. Belajar peranan setiap manager dan semua lah yang berkaitan dengan komputer. Course ni tak banyak praktikal programming seperti diploma tapi tambahkan lebih banyak baca teori dan kira-kira. Kira rugi laa sapa-sapa yang tak ambil Diploma Sains Komputer dulu. Tapi tak apa, asal ada usaha kita boleh belajar.

CTU555 MALAYSIAN HISTORY 2.0
- Tak tahu kenapa RB kena ambil Malaysian History instead of Hubungan Etnik. Tapi silibus and isi course ni lebih kurang je sama cuma adalah tambah-tambah sikit elemen sejarah2 yang kita belajar kat sekolah dulu.. So guys apa lagi dah lama tak menulis 4 muka surat satu soalan en.. masa ni laa kita kasi..huhu

ELC500 ENGLISH FOR ACADEMIC READING 2.0
- Yang ni focus lebih pada Academic Reading . Adalah laa proses2 mcm skimming, scanning semua tu . alaa senang sajo... Better fokus betul2 sbb penting untuk FYP thesis nanti.


ITS462 FUNDAMENTALS OF ARTIFICIAL INTELLIGENCE 3.0
- Ni tak perlu cerita . Dia selongkar semua asas mengenai Kepintaran Buatan. Tak silap RB budak pure Computer Science pun ambil tapi kod lain . Bezanya mereka lebih pada teori dan kami fokus banyak pada calculation. Macam statistik juga laaa..

ITS472 DATABASE MANAGEMENT SYSTEMS 3.0
- Database ni sama macam diploma. RB tak dapat buat pengecualian kredit sebab ada limit. Tapi untungnya belajar semula adalah software. Kalau dulu kami belajar guna DB2 , degree guna Oracle pula,

TJC401 INTRODUCTORY JAPANESE (LEVEL I) 
- Hai..! Hai! Hai! One3... Haha tu je laa tau. T_T . Ni bahasa jepun untuk modul 1 ni fokus pada basic perbualan harian dengan menulis dan membaca huruf2 hiragana. Sekarang RB masih tak hapai2.. :(


Ok everyone that's all for today.. Haipp! Cakap Melayu lah! Tadi da kena marah dengan Pak Blogger bilangnya how bout you write in Malay? Jadi den pun tuleih la dlm baso den . Ok itu yo lah nk dikobaran kek ekau sumuo. Salamaik Pagi. Mugo senantiaso gomok . Den nak poie sarapan dulu laa yo... Tata..

0 ulasan: