Tiada lagi Majalah Ujang

09:30 Raf 0 Comments

     Semalam RB check di facebook ternampak satu status dari sahabat-sahabat mengenai dek Kartunis Lengkuas yang menyatakan Majalah Ujang iaitu antara majalah kartun lokal yang TOP telah pun berhenti.

     RB tanya adik sedangkan dia memang peminat kipas-susah-mati komik nasional. Tergamam terus check . Ingatkan fitnah atau gurauan, akhirnya terbuktilah kesahihannya dari Timeline Kartunis Lengkuas yang memberitahu MOY PUBLICATION SDN BHD yang merupakan penerbit UJANG dan APO!? telah memberhentikan operasinya.



             Ramai peminat meluahkan rasa sedih di twitter mahupun facebook.. blog? opkoslerr lagi banyak mencurah-curah ayakk mata kami menulis mana taknya trending betul isu ni semalam.. hehe..  Ikut maklumat syarikat ini berhenti kerana mengalami masalah dengan sistem baru GST namun ada juga yang mengkhabarkan akan kemenangan bro Ujang Budak Minang bagi kes paten majalh itu yang dah berlansung dari dulu lagi . Wallahualam. Kalau benar bersyukurlah kerana kebenaran akhirnya ditegakkan tapi kalau tidak mari laa kita doakan agar semua nasib kartunis Malaysia terbela lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi agak membimbangkan ini.

FB Ujang Anak Minang
        Di bawah adalah antara status peminat yang RB jumpa.. Sedihnya.. Ye la Majalah Ujang dan Apo!? seolah2 sudah menjadi teman kita sehari2 dari kecil hingga dewasa ini.. Walau apapun terjadi masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi dari MOY tentang sebab tamat operasi. Kita sebagai peminat doakanlah agar industri komik dan manga negara semakin berkembang dan para kartunis terbela .. Amin..



0 ulasan: