Ulang Tahun Ke 16 UiTM Sebagai Universiti

10:30 Rafieq Roslan 0 Comments

           Alhamdulillah diucapkan syukur setinggi-tingginya . Pada hari ini genaplah 16 tahun UiTM bergelar universiti di industri pendidikan awam.


            Tatkala ramai anak-anak Malaysia sedang riuh ingin menyambut kemerdekaan negara, seluruh warga UiTM bangga pada hari ini dengan tangisan gembira memperingati titik peluh wira kampus yang berjaya memperjuangkan MiT (MARA Institute of Technology) suatu ketika dahulu untuk dijadikan sebuah universiti yang digelar UiTM (MARA University of Technology) kini,

            Kini, UiTM bukan sahaja menjadi universiti yang memperjuangkan nasib anak-anak pribumi maupun sebagai universiti terbesar di Malaysia bahkan telahpun memecah rekod dan menemui temuan penyelidikan hebat dalam segala bidang sehinggakan memiliki tempat di dalam ranking universiti terbaik dunia.

             RB kali ini terbawa untuk menulis sedikit pendek, cukuplah padat dan membawa erti pada semua; sebagai pejuang generasi baru kenalah berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memartabatkan UiTM di mata dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah UiTM boleh ke http://www.uitm.edu.my/index.php/ms/kenali-uitm/profil-sejarah-uitm/sejarah-pembangunan

0 ulasan: