Throwback: Convo Diploma

16:00 Raf 0 Comments

    Assalamualaikum semua.. agak lama tak menulis blog. Nak kata busy takda la busy mana tapi tu la ramai yang cakap lebih sibuk lebih berdisplin seseorang itu menghargai masa mereka. He hee...

    Pada Selasa lepas RB sama-sama famili pergi ke Lendu, Alor Gajah sebab nak konvo. UiTM Melaka sekarang dah autonomi jadi urusan ambilan pelajar hinggalah ke konvo terpisah dengan induk, UiTM Shah Alam. Konvo ni pada 12, 13 MAY sebenarnya. Kiranya RB memang lambat seminggu tulis post ni tapi takpe laa tulis sekadar kenangan.
    

    Selasa ambil jubah dengan upacara pra-graduasi, Rabu baru graduasi sebenar. Rasa rindu betul dengan UiTM Lendu . Dah setahun tak ke sini bila pindah ke UiTM Jasin dulu. Di sinilaa semuanya bermula. Dulu RB selalu tak paham dengan diri ni sendiri kenapa tergerak hati memilih diploma di UiTM Melaka berbanding tahun pertama degree UTP tapi alhamdulillah akhirnya tamat dengan jayanya dan dapat sambung degree berkaitan software engineering dalam BIT lebih kurang sama dengan UTP dulu tapi sekadar beza setahun dan di UiTM, tak apalah teruskan degree ni.  
 
ni gambar dari internet orang makan kat Warung Nek Munah takde gambar sbb bungkus
    Kami sewa bilik di homestay terdekat bagi memudahkan hari esoknya. Alang-alang duduk sini, time ni la boleh singgah di Warung Nasi Lemak Nek Munah dengan Asam Pedas Teratak Ungu hehe.. Memang terbaik sampai famili pun tak sabar sebab dulu kalau datang sini mesti pergi sana. 

Ni dekat Muzium Samudera tu
    Masa ambil jubah tak banyak nak story sbb sekejap sangat (rehearsal pun tak habis haha). Cuma best jumpa kawan lama balik, jumpa lecturer yang datang dan pusing2 kampus tengok sume tempat best2.. Tapi tulah henset canggih tak digunakan secara efisien untuk menangkap gambar. Petang tu dah habis alang-alang pergi laa naik Malacca River Cruise tapi tak terpikir pulak nak tangkap gambar jubah kat atas tu. T_T .. So, tangkap je laa sekitar tempat tu dekat muzium2 tu... jadiii laahh yeop!
Satu-satunya member yang follow degree sama kos 
Tup2 malam menjelma. tidur makan dekat homestay dan hari esok tiba. Esok tu rasa nak gegar jantung ni "Woi! Aku nak convo nih!!!!" sambil senyum sorang-sorang haha.. Semuanya berjalan lancar di Sidang 2 walaupun lama tapi takde isu selfie lagi yang berlaku di sidang berikutnya. Salah betul si dia tanggung so kita jangan ungkit sangat aib orang ok ? :) Akhirnya lepas perarakan RB terima diploma dari Pro Conselor , terasa jugak nak peluk dan selfie tapi kuatkan iman sebab ni formal beb!OK sampai situ je laa ceritanya.. For the last Thank you very much UiTM Melaka.. Thanks UiTM Alor Gajah .. Thanks UiTM Jasin..


0 ulasan: