Transformasi "Siswa Tahun Akhir"

11:53 Raf 0 Comments

        Assalamualaikum semua..  Tahun ini mungkin adalah tahun bakal menjadi tahun terakhir Fieq di UiTM Melaka sebagai pelajar Diploma Sains Komputer..

       Rasa gabra, geram, risau, gembira sangat dan macam-macam lagi bercampur gaur dalam hati ini .. Ye laa sapa taknak graduate on time.. bukan? Fieq harap sangat dapat habiskan program ni tepat waktunya dan dapat keputusan yang cemeralang harap-harap di akhir semester nanti boleh laa dapat 3.5 ke atas.. : )

Terima kasih photo-nya yach! n_n (taken from Vegigi )
        Emm.. bagi pengajian di UiTM kami setahun terbahagi kepada 2 semester.. Oleh itu, tahun akhir (semester 4 & 5) ini, subjek yang bakal Fieq ambil adalah..


SEMESTER 4

 Code                             Courses                                                             Credit Hours
 MAT233
CALCULUS II ( Buat pengecualian ketika Sem 3 )
 4.0
 CSC204
PRACTICAL APPROACH OF OPERATING SYSTEMS
 3.0
 CSC248
FUNDAMENTALS OF DATA STRUCTURES
 3.0
 CSC318
WEB APPLICATION DEVELOPMENT 
 3.0
ITS232 
INTRODUCTION TO DATABASE MANAGEMENT SYSTEMS 
 3.0
MAT263
LINEAR ALGEBRA I 
 3.0
QMT200 
PROBABILITY AND STATISTICS I 
 4.0
                           
        Pada semester keempat ini, pelajar CS110 (Diploma in Computer Science, UiTM) akan mula terpisah daripada kursus-kursus yang tidak berkait dengan kursus-kursus luar bidang seperti di Semester 1, 2, dan 3 yang ada kursus-kursus pengurusan (Perakaunan, Ekonomi, dan Manejemen), kursus-kursus Islam / Moral (Asas Islam, Sejarah Asia dan Islam, Falsafah Sains Teknologi Islam), kursus-kursus kokurikulum (Kesatria I, National Thoughts Leader I, National Thoughts Leader II) dan kursus-kursus bahasa Inggeris (Basic Eng, MUET Preparation, EAP).

        Semester ini terbahagi kepada dua bidang iaitu 3 kursus Matematik dan 4 kursus Ilmu Komputer. Matematik seperti Calculus II, Linear Algebra dan Statistik dan Kebarangkalian.

Calculus II ; sebenarnya diambil ketika semester 3 tetapi Fieq nak susun jadual dengan lebih tertib jadi Fieq ambil semester ni.. Kursus ni sambungan daripada Calculus I(includes both integration and differentiation), ia lebih mendalam dengan tambahan beberapa additional integration applications and techniques, plus series and sequences.

Linear Algebra I ; satu cabang ilmu matematik yang mengkaji ruang vektor (juga dikenali dengan nama "ruang linear"), bersama dengan fungsi-fungsi yang memberi input pada satu vektor dan output pada vektor yang lain.

Probabilities and Statistics I ; kajian pengumpulan, pengurusan, analisis, tafsiran, dan pembentangan data. Nih yang banyak pakai graf2 tu laa.. ada mode, median bla..bla..blaa..

Ilmu Komputer yang dipelajari waktu ini pula adalah  seperti Operating System, Data Structure dan Web application, dan Database.

Practical Approach Of Operating Systems; course nie pula belajar bagaimana rangkaian dalam komputer n tentang OS macam window ubuntu n macam2 lagi...[dipetik daripada SriKandiCempaka

Fundamentals of Data Structures; course ni orang cakap ada programming JAVA kira macam sambungan laa daripada Object-Oriented Programming. Nanti study tentang arraylist, linklist, stack, queue, recursive dan binary tree.  Nak belajar java ? Kalau nak boleh rujuk blog ProfiT.. memanglah sikit tapi at least boleh bagi ilmu jugak en :) .. Lagi pun nanti entri dia akan bertambah hari demi hari(atau minggu.. aau bulan.. hehe)

Web Application Development; kursus ni lebih kepada pembangunan web page.. macam buat HTML code bagai contoh laa macam blog yang korang gi tutorial copy paste code template tu.. Cuba bayangkan nak buat semua tu sendiri tanpa copy paste.. Last2 dah jadi webpage.. :)

Introduction to Database Management System; kursus ni pasal nak bina database system. Apa database tu? Data bermaksud file/barang/arkib/fakta/bahan/isi manakala base adalah storan/tempat simpanan. jadi database sistem ni macam satu sistem nak uruskan penyimpananan barang.. alaa macam yang sistem orang pakai kat mesin cashier supermarket , kiosks , ATM dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SEMESTER 5

 Code                             Courses                                                             Credit Hours
 CSC305
PROGRAMMING PARADIGMS
 3.0
 ELECTIVE
CSC301 VISUAL PROGRAMMING

CSC315 COMMERCIAL PROGRAMMING

ITT270 DIGITAL ELECTRONICS

ITT320 INTRODUCTION TO COMPUTER SECURITY
 3.0
 ENT300
FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEURSHIP
 3.0
 ITS332
INFORMATION SYSTEMS DEVELOPMENT 
 3.0
 ITS300 
INTRODUCTION TO DATA COMMUNICATION AND NETWORKING 
 3.0
QMT335
OPERATIONAL RESEARCH
 4.0
CSC399
INDUSTRIAL ATTACHMENT (SEM 6 FOR < 2.5 )
 8.0

        Pada semester kelima ini, pelajar CS110 (Diploma in Computer Science, UiTM) telah didedahkan dengan semuanya subjek ilmu komputer yang jelas cuma ada 1 subjek keusahawanan(ENT) dan ada research yang perlu dibuat berkaitan bidang Sains Komputer. Pada semester akhir ini juga pelajar dibenarkan memilih 1 daripada 4 elektif selain subjek teras lain seperti Programming Paradigms, Network, Operational Research, IS, dan Entrepreneurship.

Fundamental of Entrepreneurship ; nih subjek keusahawanan yang merupakan antara subjek wajib untuk hampir semua pelajar tahun akhir di UiTM.. Hal ini kerana, motif utama UiTM adalah untuk melahirkan Usahawan yang bakal menyelongkar bidang baru berbanding daripada target pelajar bermajikan. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

Operational Research ; penggunaan teknik analitikal termaju untuk meningkatkan decision making. Kira macam FYP laa

Programming Paradigms ;Orang cakap ni adalah mercu tanda akhir pelajar Computer Science (software engineering) sebab di sinilah kita conclude semua kegunaan bahasa-bahasa programming macam Java, C++, C#, COBOL, FORTRAN dan lain-lain dilaksanakan.. Paradigma programming ni macam corak kita buat program contohnya  imperative[rujukwiki], functional[rujukwiki], object-oriented[rujukwiki], dan  logic [rujukwiki].

Introduction to Data Communication and Networking; haa.. yang ni laa da lama ditunggu-tunggu.. n_n .. dah lama tinggalkan bidang network..network ni kita belajar pasal hubungan antara peranti macam internet, bluetooth dan lain-lain. Fieq dulu adalaa belajar sikit masa kat KK Jelebu ambil NMC in Network Computing (Networks Developer). Ada belajar pasang2 kabel utp , coaxial semua.. ish tak sabar pulak.. Nak belajar Network sikit? Fieq ada letak tutorial sikit kat blog ProfiT .. at least boleh bagi pra-pemahaman sikit kat korang.. :)

Bagi subjek elektif, CS110 menawarkan pilihan(1) daripada subjek-subjek berikut:

Visual programming; course ni pasal programming yang boleh dilaksanakan dengan hanya klik dan susun atur mudah seperti IDE Visual Basic. Tapi dalam kursus nih kita akan belajar macamana , bagaimana dan kenapa hal itu berlaku.. Lebih kuranglah kiranya satu teknik program mudah dengan bantuan visual tersedia.

Commercial Programming; Ni macam web-application tu gak laa belajarnya.. cuma programming ni lebih untuk tujuan bisnes

Digital Electronic; kursus ni orang cakap anjakan atau sambungan daripada kursus COA dulu (Computer Organization and Architecture).Merupakan satu sistem elektronik yang menggunakan isyarat digital dari algebra boolean (TRUE FALSE) melalui nombor 1 dan 0.


Introduction to Computer Security; kursus ni untuk sesiapa yang nak jadi Hacker hehe.. Belajar tentang keselamatan komputer. Keselamatan Komputer adalah perlindungan sistem komputer dan data yang mereka kendali atau akses. Bidang ini amat penting sekarang bagi membanteras jenayah siber yang semakin meningkat zaman ini..

Ini je la sinopsisnya dan di Semester 6 tidak semua pelajar perlu ambil kerana Industrial Attachment cuma perlu diambil oleh pelajar yang ketika di semester 5 cuma memilki pengumpulan CGPA 2.50 ke bawah sahaja kerana peluang mereka untuk menyambung ijazah sarjana muda adalah tipis. Maka, latihan praktikal ini berperanan sebagai satu latihan persediaan atau promosi kepada majikan untuk mengambilnya bekerja. :)

Itu sahaja buat masa ini.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum..

0 ulasan: