Alhamdulillah sudah sembuh..

09:08 Raf 0 Comments

   Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Remaja Bioinformatik ni :D .. Apa khabar sihat? Dah makan? Alhamdulillah laa kalau semuanya sihat-sihat belaka.

   Fieq pun bersyukur ke hadrat Illahi kerana Dia akhirnya Fieq sembuh juga hari ni.. Hari isnin lalu Fiq cramp satu badan selepas terlalu letih memandu. Jadi dah banyak alternatif Fieq pergi.. Fieq tak mintak sembuh semua.. Sekurang-kurangnya boleh solat berdiri pun dah kira bersyukur sesangat.. Sepanjang minggu ni memang solat berbantukan kerusi..

   Hari Selasa dan Rabu Fieq cuba urutan badan.. Alhamdulillah kaki dah boleh berpijak cuma otot-otot lain masih cramp sehinggakan nak rukuk pun dah tak larat..  Semalam.. Hari Jumaat , penghulu sekalian hari Fieq pergi berjumpa rakan ayah ; ayah suruh berbekam ngan dia.. Tanpa pikir panjang ikut ajalaa .. lagi pun memang dah jelas berbekam tu perubatan terbaik dalam Islam.



   Ayah cakap Encik Din ni sama kerja di Jabatan Pertanian macam ayah .. umur pun sama.. Cuma die pencen awal sebab nak buka bisness bekam ni..

   Mula-mula Fieq kena buat bekam 7 Rukun dulu .. Lepas tu baru dia letak dekat tempat yang sakit.. Rasa sakit takde laa sangat cuma kena tahan ngilu sikit dan lepas berbekam tu kalau tempat tadi kena matahari die akan rasa pedih sedikit..

  Habis je operasi berbekam rasa ringan sikit badan ni.. Encik Din kata pagi esok akan rasa lagi segar bila darah tu dah diganti dengan darah baru.. Balik je dari rumah dia di Kuala Pilah tu. Singgah sebentar solat jumaat di sebuah  masjid.. Pada waktu itu syukur setinggi-tingginya ke hadrat Illahi .. Diri ini sudahpun mampu solat bediri.. :D Syukur pada-Mu ya Allah..

0 ulasan: