KOLEJ BARU : SEINDAH BAYU KASTURI 1 DeC 2012

13:07 Rafieq Roslan 0 Comments


              Hari ini adalah hari pertama aku mendapat gelaran sebagai pelajar semester 2 di UiTM Melaka (KAG) dalam modul Diploma in Computer Science. Mula bergerak dari rumah dalam jam 8.30 pagi dan sampai kurang lebih pada pukul 11.30 pagi.
             Pendaftaran kolej dilakukan di Dewan Syahbandar berdekatan Kolej Tuah, bawah Kolej Kasturi dan di atas Masjid Al-Hikmah. Dengan bantuan semua pihak, pendaftaran berjalan lancar. Diberinya nombor bilik KST 1205. Apa tu KST?? KST adalah singkatan kepada Kolej KaSTuri.

            Kolej Kasturi terletak di atas bukit yang tinggi di tengah-tengah (center of campus; CoC) UiTM Melaka Kampus Alor Gajah. Kolej yang menjadi jiran kepada Kolej Tun Putih ini diberi gelaran De Camerone Highlaende oleh kolej-kolej lain (kalau dulunya di TunPerak pula mendapat gelaran Da Baby). Suasana di sini tenang dan dingin seakan-akan di tanah peranginan tinggi di Cameron Highlands. Seterusnya di atas ini kita boleh menikmati suasana yang indah memperlihatkan seluruhan kampus seperti berdiri di atas KL Tower boleh melihat seluruh kampus.
           Kolej ini juga mencapai gabungan aspek moden dan klasik yang menghasilkan gaya biliknya seakan-akan tinggal di sebuah chalet.  Wakaf dan parkir disediakan untuk kegunaan penjaga yang datang melawat J M:

           Dalam petang hari kurang lebih 1.50 petang ibu bapa aku ajak aku ke Restoran Omak Den di Masjid Tanah. Banyak pilihan masakan Negeri Sembilan yang sememangnya sesuai untuk anda yang berasal dari Barat Semenanjung seperti KL, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Sambil-sambil tu ke kedai runcit berdekatan J .

p/s: baris ni ramai budak level ground tun  perak.. kolej dulu
J

0 ulasan: