7 Sebab & 7 Faedah Menangis..

08:47 Raf 2 Comments

Salam dari jauh sahabat sekalian.. Harapan sahabat dalam keadaan sihat walafiat sepertimana diri ini sihat berdiri
 Ermm... Apa tajuk ni?? Fieq sakit ke?? Kenapa nangis? cute kitten sorry smiley

Sebenarnya satu blogger ni ada buat pos tentang 7 kebaikan ketawa, jadi hidup ni sekiranya dipenuhi ketawa sahaja maka tak bakal sempurna bukan ~

Jadi semoga menangis.. =="

Ada beberapa alasan manusia menangis:
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana cinta dan gembira.
3. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
4.  Menangis kerana menghadapi penderitaan, rasa takut dan terlalu sedih
5. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
6. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
7.Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.

Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan                                               
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria                                                    
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood                                                    
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun                                                    
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress                                                  
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti                                                      
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan                                                    
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.


Last but not least,
Menangis sebab takutkan pencipta kita adalah tangisan yang terbaik. Menginsafi segala yang telah terjadi dan menyesali perbuatan yang keji. Air mata bukanlah penghapus dosa, tapi ianya medium menginsafi diri dan membuka hati untuk berubah. Murah air mata denganNya memang tak rugi. Yes. Tak rugi. Salah satu cara muhasabah diri.

Disaat ada yang kau sedihkan tapi dunia hanya nampak yang gembira sahaja dari emosi plastik kau papar, dan sakit itu kau seorang yang hadap, apa yang perlu kau buat ialah,


Menadah ke atas dan sujud kebawah.

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, danberbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat;dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang kejidan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhandan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatanmematuhiNya. (surah alNahl:90).

2 ulasan:

Hanna Nabiella berkata...

wahh, best2..tapi hanna jarang menagis. hee

Raf berkata...

Haha.. iye laa tu.. nnt usik sikit nangis lerr tu~ ^^