Saya budak U!!!
Ramai yang kata aku budak u... aku budak u... Tapi apabila kita dengar bila ditanyakan uni mana?? Kita akan jawab.. "Urmm.. Urmmm.. Urm... UiTM sahaja..." Kenapa malu dengan UiTM?? Mungkin kita akan labelkan Uni ini Tuk Melayu adalah satu uni yang lemah dan lembab serta bilangan kampusnya yang banyak membiarkan kita berfikiran mudah .. Yang dimana, kita masuk atas dasar nasib.. belas "kahsian"...
Saya memilih UiTM kerana universiti ini banyak kelebihannya . Hal ini juga telah memberi saya kata putus untuk pergi berhijrah dari Uni Tek. Petronas di Tronoh sana. Untuk makluman anda UiTM merupakan universiti yang memiliki kampus terbanyak dan terbesar di Malaysia dan mungkin di seluruh dunia ini. UiTM ini juga adalah universiti yang termurah kerana telah diberi subsidi oleh kerajaan pusat mahupun minoriti.
Fikir pula pada belah yang irona, kenapa kerajaan hanya memberi kelebihan ini hanya kepada UiTM?? Sudah tentulah kerana pencapaian institusi ini dalam memberi faedah kepada negara sangat tinggi, kalau tidak cuma menjadi serpihan kaca di lemari; hal yang bahaya tetapi lansung tiada peduli.
UiTM juga mendapat akreditasi penuh dari badan-badan tertentu seperti MQA dan JPA. Oleh hal demikian, agak sukar untuk kita dengar berita tentang penganggur dari kalangan pelajar UiTM . (UTM, UKM, UM yang dibanggakan sangat tu lah banyak bersepah nak PTPTN mansuh sebab diorang takde kerja sampai sekarang)
Dari segi pencapaian dalam kajian dan inovasi UiTM telah terlebih dahulu ke depan (USIM juga nampak peningkatannya) . Hal ini sekaligus meningkatkan publisiti universiti ini apabila rekod-rekod pencapaian termeterai di dada-dada akhbar dan kaca tv.
Jadi, tak peliklah kalau banyak iPTS serta kolej-kolej di luar sana berebut-rebut untuk menjadi ahli bersekutu serta mendapatkan pengesahan akreditasi di UiTM serta berlumba-lumba untuk menjadi kolej bersekutu yang terbaik..
Apa pendapat anda?? Masih malu menjadi warga UiTM??
0 ulasan:
Catat Ulasan