Sosial Berkurang apabila Gejala Sosial Menaik

21:06 Raf 1 Comments

      Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang di anggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia.

 

       Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan ,tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial..

     

        Ibu bapa, guruguru, dan masyarakat perlulah bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anakdan para pelajar.Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalammasyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesanburuk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah.

        Kerajaan jugaperlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja danpelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang bolehmerosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perludidedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.


         Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkanmasa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegangperanan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namundemikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancamankepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.

         Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidakternilai ini. ejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin disekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagaipihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini.

 
Dunia.. Rujuklah pada mereka yang alim dan dampingilah mereka; ULAMAK dan MUFTI


Jangan terlalu fikirkan politik kawan.. Kita semua hamba-Nya
Akibat menggunakan hukuman sendiri menyebabkan gejala sosial, jenayah, sumbang mahram, rompakan dan berbagai lagi jenis salah laku akibat menolak hukum Allah, khususnya hudud.Umat Islam wajib kembali pada hukum Allah bagi mendapat keberkatan dan pertolongan dari-Nya dalam menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku - Tok Guru Nik Aziz


1 ulasan:

FA berkata...

bagus post nihh :)