Hidupkan Sesi Ta'alim Keluarga Melayu Islam
Apakah itu T.A.'.A.L.I.M. ?? Sesi ta’alim di rumah bermaksud perkongsian ilmu antara ahli keluarga yang dulunya menjadi sebahagian daripada budaya kehidupan dalam berkeluarga. Hal ini dikira industri ilmu tradisi iaitu melalui komponen pergaulan harian seperti perbincangan, amali dan lain-lain.
Kalau kita lihat pada hari ini amat sukar bagi masyarakat kita untuk duduk makan sekeluarga apatah lagi mahu bersama-sama berkongsi ilmu, mengajar etika, fardhu ain dan lain-lain.
Seorang anak lebih suka akan kehidupan harian ditemani ibubapa mereka di rumah sendiri berbanding dengan hanya sempat berhibur di Sunway Lagoon sekali setahun bersama sekeluarga. Dan sikap penuh hati-hati perlu ada apabila anak-anak anda meminta anda untuk kerap bercuti .
Jangan salahkan mereka, mungkin itu hanyalah alasan mereka untuk melihat anda bersama mereka walaupun seminit dua di rumah ketika membuat persiapan sebelum ke Pulau Tioman mahupun PortDickson.
Di bawah ini Fieq sajikan satu artikel dari meja wartawan bharian pada tahun lepas:
Warna Kehidupan: Hidupkan semula sesi ta'alim
HARI ini menyaksikan banyak gejala sosial yang merosakkan kehidupan anak dan remaja akibat kegagalan kepemimpinan keluarga mempamerkan contoh teladan yang baik di samping tidak banyak keluarga yang memastikan banyak masa perlu diluangkan untuk seisi keluarga demi membolehkan lahirnya keluarga bahagia.
Akibatnya isu keruntuhan moral golongan remaja yang membabitkan kes pembuangan bayi dan ibu bapa semakin galak berlaku, hatta dalam keluarga Melayu yang sepatutnya menunjukkan contoh terbaik memandangkan mereka mewarisi sikap berhemah bangsa Melayu dan beragama Islam.
Salah satu warisan berharga pada hari ini yang semakin kurang dipraktikkan dalam keluarga adalah sesi ta’alim di rumah yang bermaksud perkongsian ilmu antara ahli keluarga yang dulunya menjadi sebahagian daripada budaya kehidupan dalam berkeluarga.
Dalam budaya hidup Melayu dulu, ta'alim di rumah suatu perkara biasa kerana ia bukan saja dapat mempertemukan seluruh ahli keluarga, tetapi juga berlangsungnya sesi berkumpul pada waktu malam bagi membolehkan seluruh ahli keluarga mendalami al-Quran dengan ibu bapa sebagai penunjuk.
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub, berkata Islam meletakkan bapa sebagai pemimpin dan ketua keluarga yang bertanggungjawab memastikan mereka dalam jagaannya berada dalam keadaan baik serta mengikut landasan diredai Allah SWT.
“Justeru konsep ta’alim yang menggunakan pendekatan diplomasi penting kerana ia membabitkan usaha mendidik dan membimbing anak muda ke landasan betul agar remaja tahu hala tuju mencapai kejayaan dan mengelakkan kesan negatif dalam mengharungi perjalanan hidup yang penuh cabaran,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Bangi, baru-baru ini.
Baginya sesi ta’alim bukan saja membolehkan berlangsungnya pendidikan ibadah seperti mendidik ahli keluarga kepada pentingan bersolat, berpuasa dan ibadah lain, tetapi turut membuka peluang kepada ayah selaku ketua keluarga memainkan fungsi penting dalam pendidikan keluarga.
“Ayah memperoleh ilmu dan maklumat daripada kuliah atau ta'alim di masjid, bertanggungjawab menyampaikan ilmu yang diperoleh buat seisi keluarga di rumah.
Dengan ini, bukan saja anak-anak mendapat manfaat, bahkan ibu juga boleh dan seluruh isi keluarga dapat meluangkan masa bersama-sama,” ujarnya.
Sungguhpun demikian, pendekatan seperti itu baginya memerlukan usaha berterusan kerana kebanyakan ibu bapa zaman moden sibuk dengan tugas di pejabat dan meletakkan pendidikan anak mereka kepada guru sekolah sehingga ada kalanya generasi muda berasa mereka tidak lagi perlu meluangkan masa bersama-sama keluarga.
“Sama ada sedar atau tidak, sikap mengambil ringan terhadap masalah seperti ini menyebabkan institusi keluarga semakin teruk, walhal banyak pendekatan boleh digunakan untuk menyemarakkan semangat kekeluargaan seperti ditekankan masyarakat zaman dulu.
“Dari segi psikologi, perbincangan berunsur ilmiah di kalangan ahli keluarga menggunakan konsep ta’alim ini boleh mencetuskan keghairahan untuk melakukan sesuatu amal ibadat kerana ia sesuai dengan fitrah manusia yang mahu diganjari apabila melakukan sesuatu,” jelasnya.
Penulis blog, Muhammad Syukri Rosli pula menganggap ta'alim di rumah mampu memberi kesan kesan besar kepada keluarga Islam kerana pengisian seperti pembacaan al-Quran, perkongsian fadilat amal, ilmu ibadah dan doa serta pengkisahan Nabi adalah usaha jitu dalam mengakrabkan perhubungan sesebuah keluarga.
“Berdasarkan catatan sejarah, keluarga tradisional Melayu, dari kurun ke-15 hingga kurun ke-18, menggunakan kitab sirah terjemahan untuk dibacakan buat seisi keluarga. Antara kitab itu ialah Hikayat Muhammad Ali Hanafiyah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Iskandar Dzulkarnain dan Hikayat Nabi Yusuf.
“Selain itu, dalam sesi ta'alim di rumah, anak kecil juga diajar mengenai doa untuk memohon perlindungan, meminta keredaan dan mengharapkan keberkatan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Biasanya doa ini akan diperdengarkan kepada anak-anak secara berulang kali, sehingga anak mampu menghafaz serta mengamalkannya,” katanya yang dididik menggunakan konsep ta’alim.
Baginya konsep ta’alim sudah bertapak sejak zaman kedatangan Islam, tetapi atas nama kemajuan yang dipromosikan oleh orang Barat, nilai agama dan budaya yang diwarisi turun-temurun, terabai satu persatu sehingga menyebabkan masyarakat Islam di Malaysia terjerumus dalam perangkap gejala sosial yang serius.
“Masalah ini berlaku apabila ahli keluarga tidak lagi mempunyai banyak masa untuk bersama-sama, apatah lagi untuk melakukan sesi perkongsian ilmu dan pendapat. Saya berharap ibu bapa sedar sedar bahawa ta'alim di rumah, bukan saja mengikuti sunnah Baginda SAW, bahkan dirahmati oleh Allah SWT,” katanya.
Kalau kita lihat pada hari ini amat sukar bagi masyarakat kita untuk duduk makan sekeluarga apatah lagi mahu bersama-sama berkongsi ilmu, mengajar etika, fardhu ain dan lain-lain.
Di bawah ini Fieq sajikan satu artikel dari meja wartawan bharian pada tahun lepas:
Warna Kehidupan: Hidupkan semula sesi ta'alim
Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my
2010/05/13
HARI ini menyaksikan banyak gejala sosial yang merosakkan kehidupan anak dan remaja akibat kegagalan kepemimpinan keluarga mempamerkan contoh teladan yang baik di samping tidak banyak keluarga yang memastikan banyak masa perlu diluangkan untuk seisi keluarga demi membolehkan lahirnya keluarga bahagia. Akibatnya isu keruntuhan moral golongan remaja yang membabitkan kes pembuangan bayi dan ibu bapa semakin galak berlaku, hatta dalam keluarga Melayu yang sepatutnya menunjukkan contoh terbaik memandangkan mereka mewarisi sikap berhemah bangsa Melayu dan beragama Islam.
Salah satu warisan berharga pada hari ini yang semakin kurang dipraktikkan dalam keluarga adalah sesi ta’alim di rumah yang bermaksud perkongsian ilmu antara ahli keluarga yang dulunya menjadi sebahagian daripada budaya kehidupan dalam berkeluarga.
Dalam budaya hidup Melayu dulu, ta'alim di rumah suatu perkara biasa kerana ia bukan saja dapat mempertemukan seluruh ahli keluarga, tetapi juga berlangsungnya sesi berkumpul pada waktu malam bagi membolehkan seluruh ahli keluarga mendalami al-Quran dengan ibu bapa sebagai penunjuk.
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub, berkata Islam meletakkan bapa sebagai pemimpin dan ketua keluarga yang bertanggungjawab memastikan mereka dalam jagaannya berada dalam keadaan baik serta mengikut landasan diredai Allah SWT.
“Justeru konsep ta’alim yang menggunakan pendekatan diplomasi penting kerana ia membabitkan usaha mendidik dan membimbing anak muda ke landasan betul agar remaja tahu hala tuju mencapai kejayaan dan mengelakkan kesan negatif dalam mengharungi perjalanan hidup yang penuh cabaran,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Bangi, baru-baru ini.
Baginya sesi ta’alim bukan saja membolehkan berlangsungnya pendidikan ibadah seperti mendidik ahli keluarga kepada pentingan bersolat, berpuasa dan ibadah lain, tetapi turut membuka peluang kepada ayah selaku ketua keluarga memainkan fungsi penting dalam pendidikan keluarga.
“Ayah memperoleh ilmu dan maklumat daripada kuliah atau ta'alim di masjid, bertanggungjawab menyampaikan ilmu yang diperoleh buat seisi keluarga di rumah.
Dengan ini, bukan saja anak-anak mendapat manfaat, bahkan ibu juga boleh dan seluruh isi keluarga dapat meluangkan masa bersama-sama,” ujarnya.
Sungguhpun demikian, pendekatan seperti itu baginya memerlukan usaha berterusan kerana kebanyakan ibu bapa zaman moden sibuk dengan tugas di pejabat dan meletakkan pendidikan anak mereka kepada guru sekolah sehingga ada kalanya generasi muda berasa mereka tidak lagi perlu meluangkan masa bersama-sama keluarga.
“Sama ada sedar atau tidak, sikap mengambil ringan terhadap masalah seperti ini menyebabkan institusi keluarga semakin teruk, walhal banyak pendekatan boleh digunakan untuk menyemarakkan semangat kekeluargaan seperti ditekankan masyarakat zaman dulu.
“Dari segi psikologi, perbincangan berunsur ilmiah di kalangan ahli keluarga menggunakan konsep ta’alim ini boleh mencetuskan keghairahan untuk melakukan sesuatu amal ibadat kerana ia sesuai dengan fitrah manusia yang mahu diganjari apabila melakukan sesuatu,” jelasnya.
Penulis blog, Muhammad Syukri Rosli pula menganggap ta'alim di rumah mampu memberi kesan kesan besar kepada keluarga Islam kerana pengisian seperti pembacaan al-Quran, perkongsian fadilat amal, ilmu ibadah dan doa serta pengkisahan Nabi adalah usaha jitu dalam mengakrabkan perhubungan sesebuah keluarga.
“Berdasarkan catatan sejarah, keluarga tradisional Melayu, dari kurun ke-15 hingga kurun ke-18, menggunakan kitab sirah terjemahan untuk dibacakan buat seisi keluarga. Antara kitab itu ialah Hikayat Muhammad Ali Hanafiyah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Iskandar Dzulkarnain dan Hikayat Nabi Yusuf.
“Selain itu, dalam sesi ta'alim di rumah, anak kecil juga diajar mengenai doa untuk memohon perlindungan, meminta keredaan dan mengharapkan keberkatan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Biasanya doa ini akan diperdengarkan kepada anak-anak secara berulang kali, sehingga anak mampu menghafaz serta mengamalkannya,” katanya yang dididik menggunakan konsep ta’alim.
Baginya konsep ta’alim sudah bertapak sejak zaman kedatangan Islam, tetapi atas nama kemajuan yang dipromosikan oleh orang Barat, nilai agama dan budaya yang diwarisi turun-temurun, terabai satu persatu sehingga menyebabkan masyarakat Islam di Malaysia terjerumus dalam perangkap gejala sosial yang serius.
“Masalah ini berlaku apabila ahli keluarga tidak lagi mempunyai banyak masa untuk bersama-sama, apatah lagi untuk melakukan sesi perkongsian ilmu dan pendapat. Saya berharap ibu bapa sedar sedar bahawa ta'alim di rumah, bukan saja mengikuti sunnah Baginda SAW, bahkan dirahmati oleh Allah SWT,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan