Siapakah KODAN (RL6) ?? Artis??

00:12 Raf 0 Comments

Memandangkan Kodan atau nama sebenarnya, Mohd Shahdan Salleh, 27 sudah biasa menyertai pelbagai program realiti TV, anak muda ini sedikit pun tidak merasa kecewa apabila namanya diumumkan sebagai seorang lagi peserta yang tersingkir dari program Raja Lawak 6 (RL6).

Bagaimanapun, bekas ahli Flava(GANGSTARZ) ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan komen dari pengkritik tetap Sheila Rusly yang mengatakan dia telah mengulangi persembahan serupa yang telah dibawanya pada minggu kedua gelanggang RL6.

 

"Saya sudah terbiasa dengan program realiti TV. Setiap minggu saya akan setiasa bersedia untuk disingkirkan. Kalau saya tidak bersedia, saya akan rasa lebih kecewa.

"Dari awal lagi pun, saya sudah berpegang dengan niat untuk menyertai RL6. Apa yang paling penting, saya sudah melakukan yang terbaik dan cara ini sedikit sebanyak dapat mencetuskan sedikit peringatan kepada peminat program lawak ini.

"Tidak adil bagi saya apabila Sheila mengatakan saya buat persembahan ulangan. Saya baru saja buat dua kali dan itu pun hanya membawa konsep yang sama dengan menggunakan jalan cerita yang berbeza.

"Peserta lain pun ada buat ulang tayang persembahan. Siap dengan cerita yang sama lagi. Tapi tidak pun kena kritikan sama seperti saya.
 
"Melalui pengalaman saya, setiap persembahan yang kita lakukan boleh diulang sebanyak dua kali. Namun, saya terima kerana inilah yang dikatakan citarasa penonton amat berlainan. Sebagai peserta, saya ada teori sendiri dan begitu juga dengan cif besar dan cif kecil," katanya.

Menafikan dia kurang berpuas hati dengan keputusan penyingkiran, pengacara di stesen RTM itu terrasa terkilan kerana tidak dapat membuat persembahan pada minggu seterusnya yang mengetengahkan tema komedi muzikal.

"Saya bukannya tidak puas hati. Saya reda dengan keputusan penyingkiran ini. Sudah tidak ada rezeki saya untuk mara ke peringkat seterusnya. Saya tahu memang ramai mengatakan saya ini seorang yang gila glamor disebabkan saya banyak menyertai program realiti TV.

"Terus-terang, berpijaknya saya dalam dunia hiburan adalah untuk menjadi seorang penghibur.

"Jadi, untuk melengkapkan diri sebagai penghibur, saya ceburi semua cabang seni yang ada seperti nyanyian, lakonan, pengacaraan dan lawak.
"Saya hanya mencari sesuap nasi dengan menjual bakat yang dikurniakan Allah pada saya. Saya bukan mencari populariti. Orang yang membayar gaji saya pun bukannya orang yang selalu mengatakan saya gila glamor.

"Jika benarlah saya ni gila glamor, kenapa tidak dari dulu lagi saya kerap keluar di majalah? Saya mahu orang kenal dengan bakat yang saya ada. Saya juga bukanlah seorang kaki bodek atau pun kaki kipas selepas mengenal orang dalam mana-mana stesen TV di Malaysia," jelasnya.

Dalam pada itu, Kodan menerangkan tiada satu pun cabang seni yang disertainya memberikan keselesaan buat dirinya.
 
Malah, dia menyifatkan semua bidang iyu mempunyai kepayahan tersendiri dan memaksa individu untuk berusaha jika menginginkan kejayaan.

"Semua bidang sudahpun saya cuba. Bidang yang paling sukar adalah melawak.

"Ini adalah cubaan pertama saya. Baru saya tahu betapa sukarnya untuk bergelar pelawak. Saya juga tidak boleh kata bidang mana yang lebih senang kerana semuanya sukar.

"Bagaimanapun, saya mahu meletakkan bidang pengacaraan lebih tinggi berbanding bidang lain yang pernah saya ceburi.

"Malah, saya sendiri tidak kisah masyarakat mahu mengenali saya dengan apa juga bidang sekalipun.

"Sama ada nyanyian, lakonan, pengacaran ataupun lawak jenama. Semuanya nama yang berbeza tetapi orang yang sama.
 
"Paling penting sekali, orang kenal saya kerana bakat bukan kerana glamor semata-mata.

"Apapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi dan rakan artis yang telah banyak menyokong saya di dalam RL6. Terima kasih juga kepada pengkritik saya di Youtube dan Facebook.

"Saya tahu, kewujudan mereka adalah resam dan makanan untuk seorang penghibur.

"Saya sedar, tidak semua orang suka dan juga tidak suka dengan apa yang kita lakukan selama ini,"ujarnya.
seorang peserta solo yang berstatus artis iaitu Kodan.

Bagi yang tidak mengenali Kodan, peserta solo ini pernah menjadi penyanyi bersama kumpulan Flava dalam program Gangstarz yang popular melalui lagu berjudul Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk.


Malah, Kodan yang sebelum ini dikenali dengan nama Shahdan Salleh pernah menyertai program Pilih Kasih dan menjadi pengacara program Aktif 5 di iTV Saluran 180 di Astro.
   
"Ramai orang gelar saya gila program realiti TV. Namun, saya bukanlah begitu.

"Jikalau ada orang bertanyakan kerja sebenar, saya lebih selesa menjawab sebagai seorang penghibur. Saya juga tidak kisah jika orang nak panggil saya penyanyi, pelakon, pengacara atau apa sekalipun.

"Terus-terang, ini cubaan saya untuk menjadi pelawak. Bukan senang nak jadi pelawak. Saya menganggap pelawak adalah golongan cendiakawan kerana sering saja mempunyai idea kreatif untuk membuatkan orang berjenaka," katanya.

Kira macam Helmi Gimik masa Raja Lawak Pertama la nih.. (tapi musim ke-6 ni memang ramai yang artis)

0 ulasan: