SENYUM Lebar atau Sujud? SPM 2011.. 1/2 Cemerlang

14:00 Raf 0 Comments

Keputusan SPM 2011 telah diumumkan pada 21 Mac 2012 di seluruh negara. Di SMKUJ, suasana SMKUJ dimeriahi dengan kehadiran bekas pelajar yang berkumpul di SMKUJ sejak dari pukul 8 pagi lagi, semata-mata untuk mengambil keputusan masing-masing.

Tadi seram, sejuk, tak tentu hala semua da dalam badan Fieq ni. Rasa takut sangat. Fieq bukan takut gagal. Tapi takut akan reaksi guru nanti. Mereka umpama permata, kalau subjek mereka Fieq lemah, bukankah menambahkan kerisauan pada mereka?

Setelah keputusan diumumkan, pelbagai gelagat dapat disaksikan. Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang bersedih.

DEWAN KARISMA :  Ambil Keputusan
Fieq (sedang berdiri memakai baju kelabu berkolar biru di sebelah kiri)


Alhamdulillah Fieq dapat 5A (A+ Bahasa Melayu, A Sejarah dan Agama, A- Inggeris dan Matematik)
Tapi subjek bio,fiz,kim,addmath hanya kepujian C+,C, D

Nurshafira Hazim Chan berjaya mencatat sejarah SMKUJ kerana berjaya memperoleh 7A+ 2A-, diikuti oleh Loo Xue Wen yang memperoleh 3A+ 3A 3A- 1B. Siow Chia Ann tidak kurang hebatnya dengan memperoleh 2A+ 4A- 3B+ 1B.
(9A,6A)3 pelajar terbaik SMKUJ
Pelajar 5A pula : Wadi, Rafieq(Fieq), Shazwan, Rekha, Sia Yee Ann


Alhamdulillah, SMKUJ berjaya mencapai kecemerlangan. Daerah Jelebu berjaya menaikkan kedudukan di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan pula berjaya mengekalkan kedudukan kedua keseluruhan selepas Terengganu (tanpa mengambil kira Wilayah Persekutuan).

Kelas Fieq (5 Gemilang)
















0 ulasan: