Modular sistem baru STPM

10:18 Raf 2 Comments



Wow, sangat gembira bila dengar yang batch stpm 2012 akan menggunakan format baru pada peringkat tersebut. Rafieq rasa mungkin ramai lepasan spm 2011 di luar sana teruja dengan perkara ini. Hal ini kerana perkara ini merupakan hal yang pertama kali dan tuahnya teletak pada kami


Mulai tahun ini, sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diubah kepada sistem baru iaitu modular, bagi menggantikan sistem terminal yang diguna pakai sebelum ini.

Apa itu sistem modular?? Mod campur ular?? bukan-bukan..


Maksudnya pelajar tidak perlu lagi mengambil peperiksaan itu pada akhir tahun, tetapi akan ambil peperiksaan pada setiap penggal. Sepertimana yang dilakukan di universiti. 


 

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi berkata,
“Mulai Jun tahun ini, STPM akan menggunakan sistem modular bagi menggantikan sistem terminal, di mana pelajar akan mengambil peperiksaan di setiap tiga penggal persekolahan dan keputusan itu digabungkan dalam ketiga-tiga penggal berkenaan.

Dr Mohd Fuad Zarkashi 
“Malah, dalam sistem baru ini juga pelajar turut diberi peluang untuk mengulang mata pelajaran yang tidak memuaskan, namun syarat itu hanya membenarkan pelajar me­ngu­lang dalam penggal terakhir sahaja,” katanya.

Beliau  berharap, dengan adanya sistem baru yang diperkenalkan itu bakal menarik lebih ramai pelajar untuk memasuki tingkatan enam, di mana sebelum ini kebanyakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lebih memilih untuk memasuki kolej matrikulasi dan kolej swasta.

“Cabaran yang kita hadapi hari ini adalah kebanyakan pelajar lebih suka masuk ke kolej swasta di mana banyak punca seperti tawaran pinjaman pelajar, pemberian komputer riba percuma sebaik mendaftar serta ingin cepat mendapat diploma, seterusnya cepat boleh bekerja.

“Namun, kita harap dengan adanya sistem modular yang diperkenalkan ini mampu menarik lebih ramai pelajar memasuki tingkatan enam kerana sistem yang digunakan adalah sama seperti di universiti,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sukatan pembelajaran dan kurikulum tetap sama dan yang berubah adalah sistem peperiksaan sahaja.

2 ulasan:

aida berkata...

memang beruntung bagi sesiapa yang dapat peluang nih.bagi yang memang sungguh-sungguh belajar,memang boleh skor laa sbb bila dah master bab tuh,terus aje jawab perikse.
tapi kalau yg macam lambat nak faham,agak bahaya juga sistem nih.

bagi kami yg tahun terakhir untuk stpm nih.memang rasa mcm jeles.sbb byk sgt topik nak kena cover dari enam bawah sampai enam atas.
lepas tuh result tertumpu hanya stpm je nanti padahal kalau result trial atau periksa yg dijalankan pihak sekolah gempak 4 flats ke apa tetap tak diambil kira.

kalau form 6 pun bukan mcm di U yg mana ada markah carry forward or carry marks semua tuh.assignment yg dibuat TETAP kena buat tapi tader markah pun untuk stpm.

jadi untuk pelajar yg nak ambil STPM,fikirkan juga faktor-faktor lain.stpm bukan semudah yg disangka dan tak sesukar yg digambarkan.
tapi memang kena struggle sungguh-sungguh la.

lagi pula kalau yg aktif dalam ko-kurikulum.

memang kena bijak urus masa,urus diri.

hehe.pendapat saya je.

Raf berkata...

Terima kasih kerana memperjelaskannya ^^.. Saya doakan agar "akak" berjaya dalam stpm nanti..

Pad pendapat akak patutkah kami pilih form 6??