46,712 lulus, 12 calon dapat 5A STPM 2011

09:00 Raf 0 Comments

Seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya. 

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata 12 calon mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya.
"Pada umumnya, prestasi calon 2011 adalah sama dengan 2010, di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) adalah sama, iaitu 2.22," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di sini hari ini.
Pada 2011, seramai 298 calon (0.59 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 343 calon (0.68) pada tahun sebelumnya. 

Seramai 50,669 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu
STPM: 46,712 lulus, 12 calon dapat 5A

Cakap-cakap STPM dalam NS dan Melaka
  • Penantian 31 tahun SMK DUMA berakhir
    KUALA KLAWANG - Penantian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Undang Musa Al-Haj (DUMA) selama 31 tahun untuk­ mencatat kejayaan membanggakan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Perseko­lahan Malaysia (STPM) ber­akhir apabila seorang calon, Mohamad Helmi Ramli, 20, berjaya meraih keputusan 4A.
  • 1,150 calon lulus penuh
    BUKIT BERUANG - Seramai 1,150 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 atau 95.51 peratus di negeri ini lulus penuh berbanding 1,239 atau 96.95 peratus pada 2010.



    Kesusahan ibu bapa jadi perangsang
    KUALA KLAWANG - Tindakan seorang calon peperiksaan Sijil Tinggi Perse­kolahan Malaysia (STPM) menjadikan kesusahan ibu bapa mencari rezeki bagi menghantarnya ke sekolah sebagai perangsang untuk berjaya berbaloi apabila mendapat keputusan cemerlang.


    Di Negeri  Sembilan, SMK KGV telah berjaya mengekalkan kedudukan mereka bagi yang mendapat keputusan cemerlang No 1 di sini.

0 ulasan: