MATRIKULASI Dibuka Semula Permohonan

16:47 Rafieq Roslan 2 Comments

MATRIKULASI Dibuka Semula Permohonan... Untuk makluman semua , permohonan di atas talian matrikulasi akan dibuka semula bagi membolehkan para pemohon menyemak dan memperbetulkan kesilapan yang telah dibuat.





Oleh itu, jangan terlupa untuk buat sebarang kemaskini yang berkaitan dengan permohonan kemasukan untuk program matrikulasi. Anda perlu semak borang permohonan kemasukan ke program matrikulasi bermula 6 Februari ini.



Jangan kerana kesilapan anda mengisi borang akan menyebabkan kemasukan anda dibatalkan.


KUALA LUMPUR: Borang Permohonan Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 akan dibuka selama 15 hari bermula 6 Februari hingga 20 Februari ini bagi tujuan kemaskini maklumat tambahan.

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang mengisi borang permohonan melalui internet diminta mengemaskini maklumat tambahan melalui laman web KPM Bahagian matrikulasi di http://apps.moe.gov/permohonanmatrikulasi/kemaskini.


Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM, kata kenyataan bahagian itu di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03-88844083/4036/4040 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada waktu bekerja. - Bernama

ok.. haeng un eul bil eo yo( 행운을 빌어요 )!!bye~

2 ulasan: