MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2012

00:23 Raf 0 Comments


SEREMBAN 5 FEBRUARI 2012 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri, Negeri Sembilan di sambut  di Dewan Besar Majlis Perbandaran Seremban.Turut hadir dalam majlis ini adalahD.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir serta diiringi oleh permaisuri baginda D.Y.M.M Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta putera baginda Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al’Abidin Tuanku Muhriz.Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan juga turut hadir.Tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’, juga bertepatan dengan ajaran agama dan masyarakat adalah di galakkan mengutamakan kecemerlangan bangsa, mengutamakan agama serta mencintai tanahair agar Negara terus aman dan sejahtera.
Umat Islam di negeri ini di nasihatkankan agar sentiasa bersatu padu dan mengamalkan sikap Wasatiyah.
Di dalam ucapan Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, sambutan kali ini merupakan perhimpunan umat Islam meraikan kelahiran Nabi Muhammad dan mengingati sejarah perkembangan Islam yang di kembangkan oleh baginda.
Menurut beliau, Rasulullah merupakan perintis kecemerlangan umat Islam dan pelbagai perkembangan syiar Islam berjaya di zamannya. Namun, peredaran zaman berlaku dan terdapat juga umat yang mungkar.
Perkara ini tercetus oleh sikap manusia sendiri di mana ada kumpulan yang menuruti ajaran Rasulullah dan ada kumpulan yang ingkar.
Oleh itu, dengan sambutan Maulidur Rasul 1433H, rakyat perlu menjadikan Sirah Perjuangan Nabi sebagai panduan hidup dan perlu yakin dengannya.
Sebelum itu majlis di mulakan dengan bacaan potongan ayat al-Quran sura al-‘Ankabut ayat 38 -46 oleh  En Mohamad Husaini Mahmud, Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri bagi tahun 2008 dan 2010.
Ceramah Khas Maulidur Rasul bertajuk Kelebihan Wasatiyah turut di sampaikan oleh Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki.
Hadir sama Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani.
 Turut hadir isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Hjh Salbiah Tuanku Nujumuddin.

0 ulasan: