Cuti Semester Pertama Sijil Rangkaian Komputer

23:56 Raf 0 Comments

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu.. Hari yang aman damai dengan angin sepoi-sepoi suara bahasa memberi diri ini ketenangan untuk relaksiologi di rumah tanpa gangguan sesiapa (yang lain ke sekolah ) dapat dirasai lagi bermula pada hari ini 17 FEBRUARI 2012 - 26 FEBRUARI 2012.

Hal ini demikian kerana Cuti Semester Pertama Sijil Rangkaian Komputer telah bermula.. Tapi Fieq tak boleh lah syok tidur dan relax je.. Sebab ada penilaian besar lepas ni.. ^^

Ok laa Fieq nak ceritakan sikit lah tentang kursus yang Fieq amek nih



Sijil Rangkaian Komputer adalah satu program yang menawarkan peluang pendidikan kepada komuniti setempat secara berperingkat-peringkat. Di bawah struktur pakej program ini terdapat empat sijil yang di kenali sebagai Sijil Modular Kebangsaaan (SMK) iaitu:

 SMK1 – Pembangunan Rangkaian
 SMK2 – Penstrukturan Rangkaian
 SMK3 – Pembangunan Server
 SMK4 – Pembangunan Keselamatan Rangkaian

Pelajar akan di berikan latihan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-bidang yang dipilih dan di akhir program ini pelajar-pelajar dapat memenuhi pasaran kerja kelak.
SMK1
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan [PEMBANGUNAN RANGKAIAN]. Kemahiran ini termasuk [PEMASANGAN KABEL RANGKAIAN], [PENDAWAIAN RANGKAIAN], [REKABENTUK PENDAWAIAN BERSTRUKTUR] dan [PEMASANGAN RANGKAIAN TANPA WAYAR]. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai juruteknik rangkaian atau seorang usahawan

SMK2
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan [PENSTRUKTURAN RANGKAIAN]. Kemahiran ini termasuk [KONFIGURASI RANGKAIAN SETEMPAT (LAN)], [KONFIGURASI RANGKAIAN METROPOLITAN (MAN)] dan [KONFIGURASI RANGKAIAN LUAS (WAN)]. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai juruteknik rangkaian atau seorang usahawan.

SMK3
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan [PEMBANGUNAN SERVER]. Kemahiran ini termasuk [KONFIGURASI DOMAIN NAME SERVER], [KONFIGURASI ACTIVE DIRECTORY SERVER], [KONFIGURASI PROXY DAN DHCP SERVER], dan [KONFIGURASI WEBSERVER]. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai juruteknik rangkaian atau seorang usahawan.

SMK4
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan [PEMBANGUNAN KESELAMATAN RANGKAIAN]. Kemahiran ini termasuk [PENGGUNAAN ANTIVIRUS], [KONFIGURASI KESELAMATAN INTERNET)] dan [MEMBUAT STORAN SOKONGAN (BACK UP DATA)]. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai juruteknik rangkaian atau seorang usahawan.



0 ulasan: