GONG XI FA CAI 2012: Kunjung-mengunjug Penambah Untung

04:09 Raf 0 Comments

++ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ++ GONG XI FACAI ++ 2012 TAHUN NAGA ++ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ++ GONG XI FACAI ++ 2012 TAHUN NAGA ++ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ++ GONG XI FACAI ++ 2012 TAHUN NAGA ++
Malam Nih semua dok jalan-jalan ziarah-meziarahi rumah ke rumah sempena Tahun Baru Cina.. Semoga Tahun Naga kita lebih bertenaga... Malam nih 2 rumah je sempat.. Cukup lah bukannya orang cina pon.. Dua ni sahabat ayah ; Yap dan AhKoi.. Tahun ni kampung Baru Titi memang sangat meriah begitu ketara berbanding tahun-tahun biasanya..
ANGPAU Dapat banyak sebab ramai saudara dan jiran mereka yang beri saya ketika sedang  melawat.  Betapa  hebatnya kaum cina ini berbanding kita... Usahlah kita leka perlekehkan mereka dengan status pribumi lagi


Bunga api bersemarak di setiap penjuru.. suasana meriah yang sukar dilihat di hari biasa.. Soal makanan, kami dihidangkan lauk dan makanan-makanan yang halal kerana mereka bukan sahaja sokong 1 Malaysia malahan faham erti sebenar Persekutuan Malaysia, Bersekutu Bertambah Mutu

Tadi setelah solat maghrib, sefamili terus "embark the journey"  meninggalkan rumah di kampung yang sepi menuju ke komuniti meriah yang hebat sekali.. jelas terpancar rupa kesefahaman dan keharmonian pada malam hari bertuah ini..

Kampung Baru Petaling, Jelebu, Negeri Sembilan - sudah seperti  PETALING STREET
Mula dengan Kampung Baru Petaling kelihatan jelas tanglung yang banyak diatur cantik dan syok, di samping pintu gerbang arca simbolik pertembungan 2 naga yang berlainan rupa dan kuasa... Keadaan yang amat meriah didengar juga bunyi lagu karaoke yang dinyanyikan dengan SEMANGAT kebangsaan..

Sampai di Kampung Baru Titi dijangka biasa-biasa sahaja menjadi hairan dengan jalan sesak .. Memang pelik pabila  banyak kereta beratur disamping beribu orang lalu lalang di sekeliling sehinggakan tidak terigat ini hanyalah sebuah kampung kecil di daerah Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia.

Kami disambut dengan ramai orang.. Di sana bukan sahaja warga cina bahkan Melayu turut bersama-sama melawati sesama sendiri.. Inilah semangat yang diperlukan oleh semua :)

Semua rumah seakan-akan berlumba-lumba memainkan mercun dan bunga api.. keadaan yan amat meriah sekali pada tahun ini.. Tetapi amat terkilan tiada satu snap pun yang ada. Sesetengah kumpulan yang keluar melancong pasti sukar untuk merasai nikmat ini pada musim cuti Tahun Baru Cina..

rumah kedua
Rumah kedua merupakan seorang pekebun dan peniaga pasar yang KAYA (lebih baik tdk note)  keadaan lebih sunyi  dan rasa yang aman ..


Diri seperti pergi ke pusat refleksologi menerima rawatan kelas pertama. Kami dijamu kuih-muih yang enak dan unik ..
Di sini tidak terlalu meriah mungkin kerana anak2-nya sudah keluar dan beranak-pinak.. Sepasang suami isteri tua ini sentiasa melakarkan senyuman yang tenang :|

++ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ++ GONG XI FACAI ++ 2012 TAHUN NAGA ++ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ++ GONG XI FACAI ++ 2012 TAHUN NAGA ++ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ++ GONG XI FACAI ++ 2012 TAHUN NAGA ++

0 ulasan: