Hari Keluarga Famili Kami 2011/2012 Part 2

02:15 Raf 0 Comments

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu............................

Jumpa kita dalam Hari Keluarga Famili Kami 2011/2012 Part 2 ^_^

Slot ni untuk menyambung slot pertama kerana part 2 ini berbeza kerana ia diadakan di larut malam.. lepas isyak..

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang Rafieq tengah nak bertolak ke rumah nenek Arby lagi sekali dari rumah
di Legum Lake Garden.. nak tahu lebih?? Ikut laa..

jangan risau.. perlahan je nih!! Budak Lesen L je bro!!







Datang dari kampung Ulu,
Bertemu di Kampung Teriang,
Apa Lagi dok tunggu?
Ini lah masa disambut riang ^_^


banner ini dicipta khas oleh seluruh ahli untuk tahun ini

Majlis dihangatkan dengan permulaan perarakan oleh seluruh keluarga besar Syarif <3 Rahmah mengelilingi kawasan kediaman..

majlis dimulakan dengan perarakan..

Intro yang hebat melalui deejay yang memang terkenal di Jelebu haha Pak Long Nasir p/s: Pemilik Taliban Corner yang merupakan suami kepada anak pertama nenek Arby... Sentuhan dan gaya pantun yang unik membawa pengaruh kecindan dalam suasana majlis.
pengenalan dan aturcara majlis
Memang ramai ahli keluarga yang sebenar.. Memang laku kalau buat bisnes MLM....
Perasmian dilakukan oleh kesemua anak-anak Moyang (Sharif dan Rahmah) nih cara dia nak expand
Perasmian -Belon




Perasmian - potong kek

Majlis diteruskan dengan iringan doa oleh ayahanda penulis,  ucapan pengerusi keramaian; Tuk Andak dan wakil semenda  Tok Che'
ucapan wakil ||semenda||,      ||pengerusi||    , dan        ||doa||


Selepas ini, semua dijemput menikmati makan malam yang meriah disamping permulaan sukaneka golongan dewasa dan remaja.. Fieq satu kumpulan dengan abang sendiri iaitu King RaFaad dalam kumpulan PUMA.. Untuk makluman semua.. terdapat 3 siri iaitu PUMA, SHARK dan Eagle.. Hal ini demikian kerana terlalu ramai ahli yang turut serta.


Sukan untuk remaja dan dewasa..
Kesemua kumpulan pada akhirnya berentap dalam Open Game iaitu dalam slot Ganyang Durian.. individu yang berjaya makan durian paling banyak dialah yang menang.. Perkara yang mencabar adalah bukan durian biasa.. tapi yang besar dan biji yang sangat kecil.. Oleh itu, siapa yang berjaya  memang sah dah lama makan Kacip Fatimah or Tongkat Ali agaknya...

cuaca salji menambahkan suasana romantis dan damai
para pemenang

Konklusinya tamat laaa Family Day ini.. Semoga tahun depan berjaya lagi.. amin~









0 ulasan: