BBM1 Ke Arah Masyarakat “Celik Wang”
Assalamualaikum... Sempena PERTANDINGAN BLOG PENGGUNA 2011..Saya Rafieq Bin Roslan, telahpon memilih tajuk
Malaysia merupakan negara sedang membangun yang boleh dikatakan sebagai negara yang memiliki infrastruktur yang maju seperti negara-negara maju lain. Kita boleh berbangga kerana kita mampu berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan yang lain. Namun bak kata perdana menteri ke-5 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "Malaysia mempunyai infrastruktur negara maju, tetapi memiliki pemikiran negara mundur", hal ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih memiliki daya keilmuan yang rendah sejajar dengan bukti dari peryataan NILAM bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam setahun. Oleh itu, rakyat Malaysia perlulah berusaha gigih bukan sahaja dalam bidang kecanggihan material namun kehebatan dari segi mental.
TIP 1 : Menentukan Matlamat Kewangan
Matlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti zaman semasa belajar duhulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!
Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :
TIP 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja
Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah segera diubah.
TIP 3 : Menulis Rancangan Atau Pelan Perbelanjaan
Ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. Kemudiannya, bila nampak saja duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan dan digunakan.
TIP 4 : Menyimpan Terlebih Dahulu Sebelum Berbelanja
Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :
Pendapatan - Simpanan = Hutang + Perbelanjaan
Dan bukannya :
Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan
Maksudnya di sini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.
Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan pulak, ianya dikecualikan. Simpanan akan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. Ini adalah konsep yang salah sebenarnya.
TIP 5 : Perbelanjaan Isi Rumah (Household)
Beli secara borong). Misalnya kalau anda biasa berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 sahaja. Rancang perbelanjaan anda. Beli barang di pasar raya besar (hypermarket) yang menawarkan harga yang lebih murah apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti pencuci rambut, sabun dan lain-lain barang keperluan rumah. Buat perbandingan harga sebelum membeli barangan tersebut.
TIP 6 : Kad Kredit
Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelakkan terlebih belanja(overspent). Jika ingin digunakan juga selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari, iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan 4% faedah setahun berbanding hutang kad kredit yang dikenakan 18% setahun, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.
TIPS 7 : Fikirkanlah Masa Depan!
Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ini ia pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan.
Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teratur amat penting bagi setiap individu demi menjamin kesejahteraan hidup.
Saya seorang pelajar jadi patutkah saya merancang kewangan juga?? Jawapannya adalah YA!
Kategori A: Sekolah Menengah | ||
Bahasa | Kod Tajuk | Tajuk |
Malaysia | BBM1 | Ke Arah Masyarakat “Celik Wang” |
Malaysia merupakan negara sedang membangun yang boleh dikatakan sebagai negara yang memiliki infrastruktur yang maju seperti negara-negara maju lain. Kita boleh berbangga kerana kita mampu berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan yang lain. Namun bak kata perdana menteri ke-5 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "Malaysia mempunyai infrastruktur negara maju, tetapi memiliki pemikiran negara mundur", hal ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih memiliki daya keilmuan yang rendah sejajar dengan bukti dari peryataan NILAM bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam setahun. Oleh itu, rakyat Malaysia perlulah berusaha gigih bukan sahaja dalam bidang kecanggihan material namun kehebatan dari segi mental.
Daya keilmuan itu termasuklah pada ilmu pengurusan wang. Ilmu pengurusan wang yang baik boleh menjurus ke arah Masyarakat Celik Wang.Berita mengenai kemerosotan ekonomi dunia turut menjejaskan ekonomi di Malaysia. Oleh itu rakyat Malaysia digalakkan untuk menguruskan perbelanjaan dengan berhemah..
Dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita mengadaptasikan prinsip pengurusan kewangan di dalam kehidupan kita seharian. Memang ada di antara segelintir kita yang ‘tahu' iaitu mempunyai pengetahuan dalam mengurus kewangan dan mengawal perbelanjaan seharian mereka, namun masih ada juga di antara kita yang ‘malas' untuk mengadaptasikannya atau melaksanakannya dalam kehidupan seharian kita. Tetap masih ramai yang tertanya-tanya apakah ‘konsep asas' dalam pengurusan kewangan dan mengawal perbelanjaan. Disini disertakan beberapa konsep asas pengurusan kewangan untuk diparktikkan oleh para pengguna:
TIP 1 : Menentukan Matlamat Kewangan
Matlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti zaman semasa belajar duhulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!
Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :
- menyambung pelajaran;
- membeli sebuah rumah;
- berkahwin;
- berbulan madu;
- perbelanjaan rumahtangga;
- pendidikan anak-anak;
- mengerjakan ibadah Haji;
- perbelanjaan sewaktu persaraan;
- dan banyak lagi!
TIP 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja
Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah segera diubah.
TIP 3 : Menulis Rancangan Atau Pelan Perbelanjaan
Ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. Kemudiannya, bila nampak saja duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan dan digunakan.
TIP 4 : Menyimpan Terlebih Dahulu Sebelum Berbelanja
Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :
Pendapatan - Simpanan = Hutang + Perbelanjaan
Dan bukannya :
Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan
Maksudnya di sini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.
Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan pulak, ianya dikecualikan. Simpanan akan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. Ini adalah konsep yang salah sebenarnya.
TIP 5 : Perbelanjaan Isi Rumah (Household)
Beli secara borong). Misalnya kalau anda biasa berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 sahaja. Rancang perbelanjaan anda. Beli barang di pasar raya besar (hypermarket) yang menawarkan harga yang lebih murah apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti pencuci rambut, sabun dan lain-lain barang keperluan rumah. Buat perbandingan harga sebelum membeli barangan tersebut.
TIP 6 : Kad Kredit
Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelakkan terlebih belanja(overspent). Jika ingin digunakan juga selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari, iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan 4% faedah setahun berbanding hutang kad kredit yang dikenakan 18% setahun, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.
TIPS 7 : Fikirkanlah Masa Depan!
Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ini ia pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan.
Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teratur amat penting bagi setiap individu demi menjamin kesejahteraan hidup.
Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut.
Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka:
Rancang Perbelanjaan
- Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Jadikan tabiat menabung/menyimpan sebagai satu amalan kehidupan harian. Setiap kali, menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekod segala perbelanjaan yang ingin dibuat supaya dapat melihat anggaran simpanan yang boleh dibuat. Elakkan dari berbelanja melebihi peruntukan kewangan yang diperolehi. Ini adalah untuk menggelakkan defesit atau pun anda berhutang.
Berbelanja Dengan Bijak
- Berbelanjalah wang anda dengan bijak. Beli hanya barang yang diperlukan sahaja.
- jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Sebagai pelajar, elakkan daripada meminjam wang daripada rakan-rakan atau pun meminjamkan wang anda kepada rakan-rakan anda.
- Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.
- Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu-bapa.
Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan
- Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini adalah kerana wang perlu sentiasa berada di tangan untuk kegunaan pada bila-bila masa yang perlu.
Menyimpan Wang Di Tempat Yang Selamat
- Baki wang yang berada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan ibu-bapa atau guru-guru untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan di bank.
Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan
- Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.
Info dari: Harian Metro (Isnin, 17 Ogos 2009, Sumber: Bank Negara Malaysia)
Pandai mencari wang, Kemana Jua Tak terbuang. |
Pelajar universiti berlapar -mampu mengatasi kesulitan pada waktu t'tentu skiranya pandai mengurus wang |
Jutawan Remaja -Kehebatan manusia pandai mengurus kewangan |
Ramai yang berkata bahawa "saya miskin.. kita cuma sederhana.. tak mampu.. beli tepung pon ada hutang nak kaya?? mustahil.." Itusemua adalah alasan ALLAH menjadikan kita di dunia ini untuk berusaha mencari ilmu yang bernas dan praktikannya supaya boleh berjaya dalam karier.. Setiap orang ada kelebihan sendiri.. Tonton video berunsur kecindan ini yang beritahu kita bahawa kalau berusaha , semua boleh..
Padah tidak kenal jiran :)
Ramai masyarakat dunia apabila disebut tentang celik wang mereka akan fikir tentang mendapatkan pendapatan besar,menabung dan berjimat. Namun begitu, pendapat saya amat berbeza. Bagi saya,celik wang tidak bermaksud anda perlu berpendapatan besar dan menabung dan berjimat. Ia tentang pengetahuan anda tentang kewangan. Jika anda tidak mahir tentang kewangan wang anda akan cepat habis. Ini bermaksud sebesar mana sekalipun pendapatan anda,sebesar mana sekalipun anda menabung,wang anda tetap akan cepat habis jika tidak mahir tentang kewangan. Saya berikan contoh ; seorang pemenang loteri memenangi beribu-ribu secara tiba-tiba. Pada keesokannya,dia mula membeli pelbagai kemahuannya seperti kereta,perabot,peti ais dan pelbagai. Akhirnya dia telah buat semakin banyak hutang untuk bayaran bulanan.Oleh itu, saya paparkan kisah seorang tukang cuci yang mampu mengurus wangnya dengan baik mampu menjadi jutawan (petikan akhbar BH di atas ^). TUkang cuci itu bukan sahaja menjadi bicara orang ramai tentang bagaimana beliau berjaya mengubah ekonomi diri beliau, malah mampu menjadi di kalangan remaja muda yang paling berjaya di Malaysia.. Beliau adalah Irfan Khairi (http://www.irfankhairi.com/blog/) Lebih dikenali sebagai IK daripada para jutawan dan ahli perniagaan internet yang lain. Walaupun beliau sudah kaya, tetapi beliau masih bertungkus-lumus belajar dan berusaha untuk mendalami ilmu "celik wang" . Beliau juga sentiasa memberi ceramah, menulis blog, menerima jemputan forum dan lain-lain untuk menyebarkan ilmu yang beliau ada(seorang yang tidak lokek ilmu)
Ok.. Tamatlah sudah penjelasan saya untuk tajuk ' BBM1 Ke Arah Masyarakat “Celik Wang” ' . Sekiranya anda ada apa-apa masalah , komen, ulasan atau apa-apa tentang kisah kali ini.. jangan lupa untuk sertakan komen anda di bawah LOKEK ILMU TAK GUNA.. Tanyalah dan saya sudi menjawab nya
19 ulasan:
Salam.. urrmm saya seorang pelajar skolah menengah.. adakah saya juga perlu "celik wang" sekiranya urusan pembiayaan saya sekarang masih ditanggung oleh org tua saya??
ok... Terima Kasih..
Perlu! Sebenarnya amalan menabung dan ilmu celik wang perlu diamalkan oleh semua..
Pelajar seperti ni amat perlukan penguasaan dalam ilmu menguruskan wang supaya wang itu tak habis kepada hal2 lain..guna lah wang dengan cermat dan untuk pendidikan adik ^^
sama-sama... dan terima kasih kerana ingin bertanya ^^
Booleh saya tanya.. adakah perbuatan menggunakan wang belanja sekolah dr ibu bapa untuk membeli barang kesukaan seperti majalah, komik , beg tangan dan lain2 adalah tidak baik??
>
First, perlu kenal pasti mengapa ibu bapa bagi duit itu.. Dalam konteks ini saya rasa ibubapa anda beri wang itu untuk perbelanjaan anda di sekolah.. oleh itu wang itu wajib anda amanahkan untuk dibelanjakan pada haluan edukasional sahaja.. ^^ AMANAH PERLU DIPEGANG bak kata pepatah pegang bara api biar sampai jadi arang.. ^^
Kalau majalah yg berpendidikan boleh.. seperti majalah FOKUS SPM.. Selain itu, adik boleh pakai untuk membeli buku2 revisi dan latihan.. :)Salurkan titik peluh ibubapa ke arah jalan yg beul ^^
assalamualaikum...rafieq sy nak tanyelah...bagaimana kita nak displin kan diri kita dalam 'celik wang 'ni....sebab ramai yang ingin cube untuk membuat simpanan tapi selalu terkandas apabila mereka lebih menanamkn sikap melebihkan kehendak daripada keperluan...boleh terangkan
Waalaikumusalam.. Terima Kasih kerana komen.. Cara mendisplinkan diri ada banyak salah satu adalah:
1) Fikir dahulu sebelum beli
2) Merancang perbelanjaan sebelum berbelanja
3) perlu tahu membezakan keperluan dan kemahuan..
4) Sekiranya inginkan kemahuan.. cuba dapatkannya dari keperluan..
Hal seperti MLM yang hanya menguntungkan pihak ORG BSR perlu dijauhi kerana ini boleh mendekatkan kita kpd p'baziran.. Memang ada yg nk kaya.. tp ingat lah kaya x smestinya perlu menghabiskan duit kita dulu.. jangan percaya akan usaha pembaziran itu adalah pelaburan kpd kekayaan malah ini akan menjadi lebih parah.. Kalau modal TIADA / RENDAH lebih baik kita guna berniaga melalui media yg murah.. khususnya blog.. menulis blog boleh mendatangkan banyak p'kerjaan baru dan hasil yang lumayan..
Cik boleh search 2 contoh "kaya"wan internet Malaysia yg berjaya melalui penulisan blog sahaja..
1) Budiey Isma (WARTAWAN INTERNET)
2) Irfan Khairi(MOTIVATOR INTERNET)
Penulisan2u.com adalah satu port lagi yg bakal membeli hasil taipan sahaja... amat mudah bukan.. Arisa Eriza penulis buku Isteri aku TOMBOY Ke? merupakan antara penulis yg memeliki rating penjualan buku tertinggi.. (Eriza cuma seorang pelajar)
Hebat bukan?? ^^
trerima kasih di atas keterangan rafieq yang penuh dengan unsur-unsur nasihat yang cukup hebat dan harus di praktikan dalam kehidupan harian kita supaya kita lebih bijak di dalam pengurusan kewangan seharian....di sini saya ingin meminta tunjuk ajar serta nasihat daripada rafieq,saya memang sangat berusaha untuk menambahkan ekonomi keluarga..tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk memulakannya? kerana saya begitu berminat dalam penulisan skrip serta berminat dalam perniagaan yang berkaitan dengan penulisan ini.Jadi bagaimana saya harus memulakan perniagaan ini di dalam "celik wang'?... tolong jelaskan..
Cik boleh membeli buku ini http://www.youtube.com/watch?v=V77V0rX_SMk
Buku Celik Wang ini adalah hasil penterjemahan buku MONEY SENSE. Jika anda perlukan maklumat lanjut sila layari laman web www.akpk.org.my atau hubungi pusat khidmat pelanggan AKPK di 1800-88-2575
Cik.. Sudah follow blog ini?? follow lah.. kerana blog ini akan memberitahu cara2 yang lebih efektif lagi di masa akan dtg
Boleh saya tanya ada x buku2 yg dijual di pasaran berkaitan ilmu celik wang ini??
Pada pendapat saya, anda tidak perlulah bersusah payah mencari buku begitu di.. (jelas bnyk buku seperti itu cuma...) saya nak bg free.. ini adalah e-book dari AKPK..
Tiada sesuatu pun bayaran yang perlu anda lakukan..
Tiada juga pendaftaran email…
Apa yang perlu anda lakukan adalah klik jer kat link nie..
http://www.akpk.org.my/Portals/0/Book/Celik_Wang.pdf
Jika anda benar-benar ingin memegang buku nieh.. Leh dapatkan di cawangan AKPK ataupun kedai buku berhampiran anda..
Harap ia memberi manfaat kepada rakan-rakan sekalian yang benar-benar ingin bebas dari permasalahan kewangan bulanan anda..
Selamat mebaca & mengamalkan apa yang dipelajari…
salam
inche rafiq, tinsyaz ada bbrapa soalan
-mcm mna tinsyaz nak tau yg tinsyaz ada msalah dlm pngurusan wang?
-wjarkah kiranya tinsyaz mngikat perut smata-mata untuk mngelakkan pmbaziran?
-tdakkah saudara rsa bhawa sskali kta jga prlu mngeluarkan wang utk pkra2 yg tdak pnting?
-adakah saudara rsa, kaedah ini ssuai kpd sorg palajr sk rndah?
-adakah saudara rsa, kaedah ini juga menjamin pelaburan d akhirat kelak?
[minta jawapan]
Assalamualaikum tinsyaz sahabat ku dari SBP SMS Pokok Sena.. Ok sepatutnya kamu disarankan bertanya satu persatu.. ^^ tp xpe laa.. ok sy akan jawab...
1)mcm mna tinsyaz nak tau yg tinsyaz ada msalah dlm pngurusan wang?
>>tinsyaz tidak tahu menggunakan wang dgn perancangan yg btul.. sbg contoh pergi ke super market dgn gaya rambang mata, semua mahu dibeli.. sehingga akhirnya tinsyaz sudah tidak cukup wang untuk per belanjaan harian yg merupakan aset terpenting dlm keperluan kehidupan..
2)wjarkah kiranya tinsyaz mngikat perut smata-mata untuk mngelakkan pmbaziran?
>> Kita perlu pandai membezakan keperluan dan kemahuan.. yang perlu kita elakkan adalah kemahuan yg b'lebih2 an..Makan adalah keperluan asas oleh itu bagi saya ikat perut smata2 untuk elak bazir adalah tdk wajar.. DAN kalau anda makan makanan itu.. ia akan menjadi sesuatu yg x m'bzir melainkan anda belinya sekadar untuk dijadikan "alas kaki " shj &^^
3)tdakkah saudara rsa bhawa sskali kta jga prlu mngeluarkan wang utk pkra2 yg tdak pnting?
>> Maksud tinsyaz??
-adakah saudara rsa, kaedah ini ssuai kpd sorg palajr sk rndah?
>> boleh sy tahu apakah kaedah itu?
-adakah saudara rsa, kaedah ini juga menjamin pelaburan d akhirat kelak?
boleh saya tahu kaedah apa itu??
cool...banyak lesson yg leh kite dpt dr post ni .... walaupun bca langkah2...huhu
saya pun ade wat post tp tuk 'airku air malaysia'
1air1malaysia.blogspot.com
^^.. anda juga hebat.... bagaimana dengan blog mu ?? ok??
anda mmg seorg yg hebt dn bjak mnggne kn apliksi blog nieyh ..
sy arp anda bjye ..
gne kn lar pew yg ade di dada tk mngubh mse hdpn , btowl ??
thniah , video anda dpt mngubh prspktif ssowg ,, ;-)
Salam.. terima kasih.. hal ini cuma saya lakukan bagi mendaftar pertandingan blog kepenggunaan mewakili sekolah.. :)
Tolong doakan saya berjaya dalam SPM :)
Catat Ulasan