Mini Golf SMKUJ

18:57 Raf 0 Comments

Hal00oo.. Hari ni , saya dan rakan yang lain dilatih untuk mewakili sekolah . Kami seramai 10 orang telah dipilih untuk menjadi ahli pilihan untuk ke kursus di Sg Patani nanti.. SMKUJ memiliki sukan GOLF sebagai salah satu daripada aktiviti kokurikulum sekolah tersebut. Oleh hal itu, sekolah telahpun membina sebuah mini golf. Boleh dibilang menggunakan molekul  jari berapa banyak sekolah yang menawarkan sukan ini di Negeri Sembilan. Termasuk lah SMKUJ, SMK Burharudin, KGV dll..

Hari ini Saya berminat nak konsi pasal rancangan SMKUJ terbaru

MINI GOLF SMKUJ


Atas initiatif Tuan Haji Norhashim b Othman (pengetua) SMKUJ dan dengan usahasama En Norazman Md Amin, En Mohd Ruslan b Hassan, En Zulkefly Ab Ghany dan Ramli Muharam, 2 green telah dimulakan pembinaannya pada 1 Sept 2009. Peringkat awal pembinaan melibatkan proses membina green dan tee off box di tempat dan lokasi yang telah dipilih. Tujuan pembinaan adalah untuk kemudahan ahli-ahli kelab golf untuk membuat latihan disamping ianya sebagai aktiviti riadah guru.


Adalah menjadi harapan Tuan Pengetua agar projek dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin agar dapat ahli-ahli kelab membuat persediaan untuk kejohanan tahun hadapan.

Kawasan Hijau yang landai sesuai untuk padang golf




Kolam Ikan Uj kelihatan di kejauhan
Traktor sedang meratakan kawasan bukit



Antara kawasan yang ditinjau



0 ulasan: