Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435 Hijrah

07:17 Raf 0 Comments

   Salam permisa, hari baik bulan baik di era Ramadan telahpun meninggalkan kita bermula pada Maghrib semalam,. Memang sedih kerana waktu yang penuh barakah itu tidak mampu untuk kita menjayakan segala amalan berguna secara total.

    Namun, janganlah bersedih cukuplah Ramadan kali ini mampu merubah diri kita menjadi lebih baik untuk menyapa Ramadan akan datang. Sekarang senyumlah dan pada pagi Aidilfitri ini kita sama-sama mulakan solat jemaah sunat idulfitri sebagai tanda syukur kepada Allah kerana masih memberi kita peluang untuk raya dan puasa kali ini.

     Rasanya yang pulang ke kampung tu, mesti seronok macam Fieq baru pulang pada hari Sabtu semalam. Inilah masanya kita mengambil peluang bermaaf-maafan sesama keluarga dan sahabat andai sebelum menarik bagasi pulang semula ke alam pekerjaan.

    Apapun, Salam Aidil Fitri diucapkan dan dengan kesempatan ini Fieq memohon maaf di atas segala kekhilafan yang pernah Fieq lakukan sama ada dalam keadaan sedar mahupun khayal. :D


 p/s: Insyallah blog ini akan diusahakan untuk update selagi masih bercuti :).. Apapun layan ForUToC ..


0 ulasan: