Patutkah drop QMT200?

10:36 Raf 0 Comments

Assalamualaikum.. Seminggu ni Fieq rasa risau dan stress sangat.

Kenapa?

Kerana memikirkan sama ada patutkah Fieq drop atau tangguh dulu subjek yang Fieq memang nanti-nantikan iaitu QMT200 - Statistics and Probabilities for Engineer and Scientist I .

Ramai kawan-kawan dah beri pendapat mereka ada yang suruh drop ada yang suruh teruskan. Mereka kata kita kena jaga pointer kerana semester 4 ini Fieq perlu ambil 3 subjek maths 4, 4, 3 jam kredit. Kalau nak naik pointer at least dapatkan semua A baru boleh.. Sekarang boleh kira dengan jari berapa orang je yang masih kekalkan.
Tapi kekurangannya, semester depan Fieq perlu ambil juga dan sem depan sememangnya sibuk dengan final year project dan lain-lain. Kemudian, tidak pasti sama ada jadual akan bertindih atau tidak. Kalau bertindih terpaksalah extends lagi satu semester.

Selain itu, pensyarah dia memang friendly dan faham semester ni.. Tak tahulah nanti boleh ke tak dapat pensyarah macam ni lagi..  Lepas tu, kalau boleh bukanlah Statistik yang Fieq takutkan tapi Algebra dan Calculus II .. cuma tak boleh pulak drop dua tu sebab sem depan ada subjek berkait.. Lastly sekarang mungkin muktamad Fieq tak akan drop subjek ni. Insya Allah.

Linear Algebra bukan semudah yang dibayangkan




0 ulasan: